Pengambilan Kemasukan Kedua IPTA sesi 2011/2012 UPSI

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Kemasukan Ke IPTA sesi November 2011 dan Febuari 2012

Permohonan untuk kemasukan ke IPTA dibuka bagi kemasukan kedua iaitu untuk November 2011 dan febuari 2012. Bagi pemohon yang terdahulu yang gagal diterima merupakan peluang untuk memohon ke institusi pendidikan awam.

Untuk pengetahuan, untuk permohonan kali ini lebih menawarkan kursus asasi, diploma dan sedikit sahaja kursus peringkat ijazah.

Bagaimana untuk memohon?

Melalui maklumat email dari rakan xpresi, setakat ini hanya UPSI yang dikenalpasti membuka permohonan kemasukan kedua IPTA sesi 2011/2012 ini. Hasil dari maklumat tersebut, jelas menunjukkan memang ada permohonan yang dibuka untuk pengambilan diploma di UPSI.

Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Untuk memohon perlu :

  1. Membeli Bitara ID di Bank Simpanan Nasional berdekatan, atau melalui sms, atau mesin ATM dengan harga RM 26.00
  2. Membuat permohonan dengan memasukkan no Bitara ID ke laman web UPSI dengan klik pada “ permohonan “ di http://www.upsi.edu.my/online/

Untuk Maklumat lebih tepat bolehlah melihat iklan penuh di http://www.upsi.edu.my/online/

Tarikh tutup permohonan ialah 26 september 2011

Untuk Universiti-universiti lain dijangka ada mengambil pelajar secara skala kecil. Untuk itu yang berminat disarankan supaya sentiasa kunjung ke website rasmi universiti yang diminati.

Berikut ialah senarai dan alamat laman web universiti Awam di Malaysia KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *