Pengambilan khas guru secara one-off oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai Julai 2021. pengambilan khas guru ini telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada sidang media yang lepas. Justeru itu, bagi mereka yang berminat untuk menjadi seorang pendidik mereka perlu mendaftar sebagai pengguna MySPP. Sekiranya anda sudah mendaftar maka mudah untuk anda membuat permohonan jawatan kosong pendidikan.
Cara untuk mendapatkan MyID, MySPP?
MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID sebelum mengisi MySPP. Permohonan akan dibuka mulai 7 Julai 2021.
PERINGATAN!!!
Untuk paparan dan fungsi terbaik, sila gunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explore (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768. Anda juga perlu mengaktifkan Javascript di Player web anda.
Pengambilan Khas Guru Secara One-Off Julai 2021
Pengambilan khas Guru secara One-Off sebanyak 18,702. Pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan Gred DG41 akan dibuat mulai Julai 2021. Antara mata pelajaran dengan kekurangan guru yang tinggi di sekolah rendah adalah:-
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Teknologi Maklumat & Komunikasi
Antara mata pelajaran dengan kekurangan guru yang tinggi di sekolah Menegah adalah:-
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Reka Bentuk & Teknologi
Negeri dengan Jumlah kekosongan Guru Tertinggi Tahun 2021 ini adalah di Negeri :-
- Selangor
- Johor
- Sabah
- Sarawak
“Penempatan secara berperingkat akan diumumkan mulai Oktober 2021”
Pengambilan khas guru secara one-off ini berkolaborasi Strategik Pengambilan Khas Guru dengan pihak:-
- Kelulusan Khas Pengisian Jawatan (Jawatan Perkhidmatan Awam: JPA)
- Persetujuan Pihak Berkuasa Melantik (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan : SPP)
***SELAMAT MENCUBA UNTUK MEMOHON JAWATAN KOSONG KHAS GURU SECARA ONE-OFF***
Cara Daftar MySPP
Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja. Sekiranya anda pernah mendaftar maka anda hanya perlu menggunakan MyID yang anda telah daftarkan. Pendaftaran MySPP TIDAK memerlukan pengaktifan email. Alamat email hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temu duga sahaja.
Cara mendaftar MySPP:-
- Pergi ke laman web Rasmi SPP https://myspp.spp/gov/my
- Skrin daftar Akaun baharu akan dipaparkan
- Masukan No Kad penegnalan anda
- Dan Isikan semua maklumat diri dan anda WAJIB menjawab semua soalan yang bertanda (*)
- PASTIKAN anda mengingati semua kata keselamatan yang anda sediakan dan ELAKKAN daripada terlupa kata laluan
- Selepas selesai mengisi maklumat diri klik butang DAFTAR
- Jika anda hendak mengemaskini maklumat hanya klik butang SEMULA
Sekiranya lupa kata laluan maka anda boleh KLIK dibahagian lupa kata laluan dan ikut arahan pada skrin bagi menetatpkan semula kata laluan akaun yang telah didaftarkan.
Cara Mendapatkan Kata Laluan Yang Lupa:-
- Bagi pilihan (a) anda diminta masukkan no kad pengenalan dan Nama Penuh (seperti maklumat kad penegnalan)
- Masukan nama pertama Ibu dan Negeri kelahiran anda
- Masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara)
- Sahkan kata laluan, masukan kod keselamatan
- KLIK “HANTAR”
PERHATIAN!!!
Anda perlu mengingati nama pertama ibu dan Negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.
Pada masa yang sama, anda DINASIHATIKAN agar mengisi semua yang bertanda (*). Setelah selesai semua diisi, klik butang HANTAR. Anda boleh log masuk terus ke MySPP sekiranya reset kata laluan berjaya. Sekiranya masih gagal untuk mendapatkan kata laluan, mohon rujuk panduan pengguna MySPP. Dan sekiranya masih gagal sila salurkan pertanya kepada Hotline MySPPP atau SISPA-SPP.
PERINGATAN!!!
Sekiranya anda tersilap maklumat semasa mendaftar, anda boleh memperbetulkan kesilapan tersebut dengan log masuk ke MySPP dan mengemaskini maklumat yang tersilap di modul maklumat pemohon. TETAPI, sekiranya anda tersilap memasukkan no kad pengenalan semasa pendaftaran MyID sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline MySPP atau SISPA-SPP.
Hotline MySPP :-
Urusan Pengambilan 03-8893 4019/ 4020
Urusan Teknikal 03-8893 4021/ 4022
Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPA-SPP) : KLIK DISINI
Diharapakan dengan perkongsian ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat permohonan kekosongan jawatan guru khas one-off ini. Sekiranya ianya rezeki anda, maka ALLAH akan permudahkan segala urusan permohonan anda.
Setelah anda berusaha letakkan semua pengharapan kepada ALLAH dan BUKAN manusia kerana ALLAH maha mengetahui akan sesuatu itu lebih daripada manusia.