Pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguran (PISMP) fasa 2 tahun 2021. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi seorang pendidik. Justeru itu, pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan kepujian Ambilan Fasa 2 tahun 2021 ini.
Pengambilan khas ini bagi memenuhi beberapa keperluan dalam bidang di:-
- Sekolah Kebangsaan (SK)
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2 Tahun 2021
Pengambilan khas program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bertujuan untuk melatih bakal guru di institusi Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan. Bidang pengkhususan ini adalah mengikut sylubus pendidikan sekolah rendah.
TAHUKAH ANDA!!!
Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan di IPG berkenaan yaang ditetapkan oleh pihak KPM.
Bagi pelajar lepasan PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan akan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan oelh pihak KPM. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa dan TIADA yang menggunakan mod separuh masa.
Syarat Kelayakan Asas PISMP
Antara syarat kelayakan Asas PISM adalah seperti:-
a) WARGANEGARA Malaysia
b) Umur TIDAK MELEBIHI 20 Tahun pada 30 JUN 2021 iaitu LAHIR pada atau sihat tubuh badan
c) Aktif dalam kegiatan kokurikulum
d) Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya 5 mata pelajaran berikut :-
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Bahasa Inggeris
e) Memeuhi syarat-syarat bidang pengkhususan
- Sekolah kebangsaan
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Islam
- Bahasa Inggeris sebagai bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Sains Pendidikan Rendah
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Bahasa Cina Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Matematik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
- Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
- Pendidikan Mzik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
- Sains Pendidikan Rendah
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah – Tahap Satu
PENTING!!!
Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Cina diperingkat SPM
- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Matematik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
- Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
- Pendidikan Mzik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
- Sains Pendidikan Rendah
- Sejarah Pendidikan Rendah
PENTING!!!
Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Tamil diperingkat SPM
Cara Permohonan PISMP Fasa 2 Tahun 2021
Pengambilan khas PISMP Fasa 2 akan di buat secarra dalam talian dengan melayari laman sesawang di alamat https://www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my mulai 15 JULAI 2020. Manakala, permohonan boleh dilakuakn mulai 15 sehingga 22 JULAI 2021.
PERINGATAN!!!
Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Calon yang TERPILIH mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan WAJIB menyediakan rakaman video pengajaran.
Pemohon DIBENARKAN menegmukakan satu sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup. Dan permohonan perlu DISAHKAN dan DIHANTAR sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
PENTING!!!
Pemon yang didapati memberi maklumat salah/ memanipulasikan maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 22 JULAI 2021 (11.59 MALAM
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus ke:-
Institusi Pendidkan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3 Blok 2250,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor
(U. P : Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No Telefon : 03-8312 6768/ 6769
Email : [email protected]
***SELAMAT MAJU JAYA DALAM PERMOHONAN YANG DIPOHON***
Diharapakan perkongsian yang disediakan ini berguna untuk pelajar lepasan SPM ini. Cubalah untuk membuat permohonan sekiranya anda LAYAK untuk memohon. JANGAN membuang masa membuat permohonan sekiranya anda TIDAK mempunyai kelayakan untuk memohon bidang ini.
“Pintu kejayaan bukanlah hanya PISMP sahaja tetapi bidang kejayaan ada banyak maka JANGAN hanya fokus pada satu permohonan sahaja”