Pengambilan Pegawai Kerajaan Untuk Berkhidmat di Education Malaysia, kementerian Pengajian Tinggi – Julai 2011

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Terdapat beberapa kekosongan jawatan bagi Pegawai Kerajaan yang berkhidmat di Education Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi.

Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dengan KerajaanMalaysiaadalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pengajian Tinggi, seperti berikut:

  • Pengarah, Gred 52/54 (Terbuka) di EM Indonesia.
  • Pengarah, Gred 52/54 (Terbuka) di EM London.
  • Pengarah, Gred 48/52 (Terbuka) di EM New Zealand.
  • Pengarah, Gred 48 (Terbuka) di EM Beijing
  • Warden,  Gred 32/34 (Terbuka) di EMIndonesia.
Syarat Permohonan :

i)             Terdiri daripada warganegara Malaysia.

ii)            Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan sekurang-kurangnya 6 tahun sebagai pegawai Kerajaan bagi jawatan 1(a), 1(b), 1(c) & 1(d) dan 3 tahun bagi jawatan 1(e).

iii)           Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iv)           Terdiri daripada pegawai tetap seperti berikut:

  • Berada sekurang-kurangnya di Gred 52 atau setaraf dan telah disahkan dalam jawatan bagi 1(a) dan 1(b);
  •  Berada sekurang-kurangnya di Gred 48 atau setaraf dan telah disahkan dalam jawatan bagi 1(c);
  • Berada sekurang-kurangnya di Gred 44 atau setaraf dan telah disahkan dalam jawatan bagi 1(d); dan
  • Berada sekurang-kurangnya di Gred 32 atau setaraf dan telah disahkan dalam jawatan bagi 1(e).

v)            Mempunyai rekod perkhimatan yang cemerlang.

vi)           Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang cemerlang iaitu sekurang-kurangnya 85% bagi tiga (3) tahun berturut-turut (tahun 2008, 2009, 2010).

vii)         Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib.

viii)        Sihat tubuh badan, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan (pemohon dan ahli keluarga).

ix)           Memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan untuk jawatan pertukaran sementara / peminjaman.

x)            Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas jawatan yang dipohon.

Pertanyaan :

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:

i)         Puan Izzatul Fardiah binti Othman

Emel: [email protected]

Telefon: 03-88705211

 

ii)            Cik Norhana binti Abd Aziz

Emel: [email protected]

Telefon: 03-88705241

Anda dinasihatkan untuk rujuk Iklan penuh, cara memohon dan maklumat lanjut lain ( Klik Sini )

Tarikh tutup permohonan : 2 Ogos 2011

Sumber : MOHE

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x