Pengambilan Pelajar Program Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan CIAST 2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

CIAST membuka pengambilan pelajar untuk permohonan sebagai pelajar dalam program Latihan dan Kemahiran Lanjutan. CIAST atau Center for Instructor and Advanced Skill Training ( CIAST ) menawarkan menyediakan program-program latihan pengajar kebangsaan ( NITP )

Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional ( DLPV ).

Syarat Masuk

  • Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM); dan
  • Mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di dalam bidang NOSS yang berkaitan
  • Tempoh latihan 2 Tahun 6 Bulan

Atau :

  • Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM); dan
  • Mempunyai Diploma Pengajar Vokasional (DPV) di dalam bidang NOSS yang berkaitan.
  • Tempoh latihan : 1 Tahun 9 Bulan

Diploma yang ditawarkan :

KOD BIDANG
D-051-5 Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional –Teknologi Komputer Rangkaian
IT-020-5 Diploma Laniutan Pengajar Vokasional – Teknologi Komputer Sistem
IT-020-5 Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional – Teknologi Kimpalan
EE-021-5 Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional – Teknologi Elektronik
MC-090-5 Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional – Teknologi Mekatronik
P-080-5 Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional – Teknologi Automotif
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

 

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3  Dengan Sijil Pengajar Vokasional (SKMT3 DENGAN VTO)

Pemohon juga adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur antara 18-35 tahun untuk mengikuti  kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Pengajar Vokasional (SKM T3 dengan VTO) di Pusat  Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk Ambilan Mei & September 2013.

KOD BIDANG
EE-O21-3&I-031-3 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Penqajar Vokasional – Teknologi Elektronik
MC-050-3&I-031-3 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Pengajar Vokasional – Teknologi Pengeluaran
TP-300-2&I-031-3 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Pengajar Vokasional – Teknologi Automotif
H-176-3 & 1-031-3 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Pengajar Vokasional – Teknologi Mekatronik
H-026-3&I-031-3 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Dengan Sijil Pengajar Vokasional – Teknologi Kimpalan
Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

 

Syarat Masuk

  • Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM); dan
  •  Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 di dalam bidang yang berkaitan.
  • Tempoh latihan 1 Tahun 9 Bulan

Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO)

Pemohon juga adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur antara 18-35 tahun untuk mengikuti  kursus Sijil Pengajar Vokasional  (VTO) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk Ambilan Mei & September 2013

KOD BIDANG
I-031-3 Sijil Pengajar Vokasional

 

Syarat Masuk

  • Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus Bahasa Malaysia dan
  • Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut : ( Rujuk SINI )

Untuk membuat permohonan menerusi sistem ePermohonan CIAST, tuan/puan perlu mempunyai unik id ( RM 10.60 ). Maklumat lanjut mengenai cara-cara dan syarat permohonan, sila rujuk iklan yang disediakan DI SINI.  Pemohonan ini dibuka 28 Januari 2013 (Isnin) hingga 27 Februari 2013 (Rabu).

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :

Tel: 03-55438200  samb. 8226/8225/8295(Unit Pengurusan Pembangunan Pembangunan Pengajar Baru-UPPPB)

4 thoughts on “Pengambilan Pelajar Program Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan CIAST 2013

  1. Assalammualaikum. Saya lepasan graduate diploma fashion design dan berhasrat untuk sambung belajar . Boleh tunjuk ajar pada saya. Terima kasih.

  2. Assalamualaikum. Saya nk tanya klo sy ni lepasan diploma culinary macam mana nk mohon N layak ke saya mohon

Leave a Reply to Siti Dzul Ainna Zulkifli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *