GIATMARA menawarkan latihan-latihan kemahiran kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan. Program latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan/kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.
Kumpulan sasarannya ialah :
- Golongan yang berdaftar dengan e-kasih
- ibu/bapa tunggal
- Orang Kurang Upaya ( OKU )
- Pekerja Industri/kilang
- Pesara
- Komuniti Setempat
- Lain-lain yang bersesuaian
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Tidak uzur
- Umur 15 Tahun ke atas
- Minat dalam bidang yang dipohon
- Lain-lain pekara yang menyokong permohonan
Bermula April 2011
Cara Mohon
Untuk Maklumat lanjut dan lebih tepat , anda dinasihatkan rujuk :
Asam. tn admin. saya berminat utk menjadi tenaga pengajar automotif di giat mara. Mempuyai 7 thn pengalaman di kolej swasta. mempunyai skm 1,2.3 dan vto… Mohon maklum ye tuan. hampir setiap tahun saya mohon di giat mara.
Salam.. Saya pengurus bengkel GTA.. Bagaimana jika berminat utk mengambil pelajar di giatmara bagi tujuan latihan di bengkel kami..?
Salam, tuan GTA boleh terus ke institusi yang menawarkan kursus automobil tersebut.. boleh juga membuat surat menyatakan hasrat untuk mengambil pekerja..nyatkan sekali berapa jumlah pekerja yang nak diambil serta syarat dan maklumat lain terus kepada pihak pentadbirnya.. ia boleh singkatkan lagi proses dan membantu pelajar.
salam saya amat berminat untuk bekerja atau berkhidmat di giat mara sebagai tenaga pengajar.. saya berkelulusan diploma dalam bidang art & design fashion design di kuala lumpur metropolitan university collage (klmu). saya berharap sangat untuk dapat berkhidmat di giat mara.. terima kasih di atas segalanya.
Salam, bagus cita-cita tu. Tapi sebaiknya mempunyai ijazah.. tapi mungkin ada kekosongan untuk mengajar student yang ambil sijil.. boleh cuba ke ibu pejabat mara berdekata untuk tanya pengambilannya.atau jika ada nanti sy akan update di xpresi.