Pengambilan Polis Diraja Malaysia Bagi Tahun 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Polis diraja Malaysia

Kini pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Tahun 2021 sudah dibuka. Maka bagi mereka yang berkelayakan DISARANKAN untuk memohon jawatan kosong polis Diraja Malaysia ini. Tak salah untuk mencuba kerana sekiranya anda benar-benar layak maka anda akan dipanggil untuk langkah yang seterusnya. 

“Usaha itu tangga kejayaan maka tanpa usaha bagaimana hendak mendapatkan sesuatu kejayaan itu”

Pengambilan Polis Diraja Malaysia Bagi Tahun 2021

Maklumat Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah seperti berikut:-

  • Jawatan Inspektor Polis (YA13) lelaki dan perempuan
  • TARIKH TUTUP Permohonan adalah pada 30 APRIL 2021
  • Gred gaji adalah YA13
  • Jadual Gaji adalah bermula dari RM2,502.00 – RM9,803.00 (Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM230.00)

Setiap penjawat awam pasti akan mendapat pelbagai kemudahan bagi memudahkan menjalankan tugas. Sama juga seperti jawatan Insperktor polis (YA13) ini, pihak PDRM akan menyediakan beberapa elaun dan kemudahan bagi memudahkan lagi urusan mereka.

Antara elaun dan kemudah yang bakal disedeiakan bagi jawatan Inspektor Polis (YA10) adalah seperti berikut:-

  • Elaun Tetap Perumahan
  • Perubatan percuma
  • Elaun Cola (Dibayar bermula RM150 -RM300 mengikut Negeri dan Daerah)
  • Elaun Khidmat Awam
  • Elaun khas PDRM
  • Elaun Seragam (RM500 setahun)

Syarat KELAKYAKAN bagi Jawatan Inspektor Polis YA13

Polis diraja Malaysia

Terdapat beberapa syarat kelayakan jawatan Inspektor Polis YA13 ini. Antara syaratnya adalah:-

a) Syarat kelayakan Am

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur
    • TIDAK KURANG daripada 18 tahun dan TIDAK LEBIH 28 tahun (kelulusan sarjana muda),
    • TIDAK MELEBIHI daripada 30 tahun (kelulusan sarjana) dan
    • TIDAK MELEBIHI daripada 35 tahun (kelulusan Ijazah Doktor Falsafah -PHD) pada tarikh pendaftaran. 
Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

b) Syarat kelayakan Akademik

1) Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya IJAZAH SARJANA MUDA atau mana-manna kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia yang setaraf

2) Mempunyai KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termausk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau lain-lain kelayakan yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

3) Tinggi WAJIB 1.63cm bagi Lelaki dan 1.53cm bagi wanita tanpa kasut.

4) Ukuran dada 81cm secara normal dan 86cm semasa menarik nafas KHAS BUAT CALON LELAKI sahaja.

5) Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita

6) Body Mass Indeks (BMI) haruslah normal iaitu 19 sehingga 26kg/㎡

7) TIDAK MENGGUNAKAN CERMIN MATA

“WAJIB lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lengkap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan”

8) TIDAK mempunyai masalah RABUN WARNA dan pendengaran

“Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan akan dilaksankan bagi memastikan tiada masalah ini”

9) WAJIB diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

Info Tambahan :  Upwork vs Fiverr: Mana Best Untuk Freelancer

PERINGATAN!!!

Sebelum membuat permohonan, anda DINASIHATI untuk membaca dan memahami setiap satu syarat kelayakan permohonan. Hal ini disebabkan, sekiranya salah satu kelayakan ini anda tidak tepati maka ditakuti anak TIDAK LAYAK untuk dipanggil untuk langkah yang seterusnya.

Penerangan Tugasan Bagi Jawatan Inspektor YA13

Pengambilan Polis Diraja Malaysia Bagi Tahun 2021 1

Pegawai perlu menjalankan tugas-tugas kepolisan selaran dengan fungsi di:-

  • Jabatan Pengurusan
  • Jabatan Siasatan Jenayah
  • Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik
  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
  • Cawangan Khas
  • Jabtan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT)
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan keselamatan Komuniti
  • Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

Dan di antara tugas-tugas tersebut adalah:-

  • Mentadbir
  • Merancang pencegahan jenayah
  • Menyiasat
  • Menangkap dan mendakwa pesalah
  • Mengatur kawal trafik
  • Mengumpul risikan
  • Menyediakan peralatan dan perhubungan
  • Mengekalkan keselamaatan awam di darat, laut dan udara
  • Mewujudakan suasana aman dan tenteram di dalam kalangan rakyat dan negara

Cara memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bagi Tahun 2021

Permohonan Jawatan mestilah memlalui pendaftaran secara ONLINE (BORANG SPA9I) di Portal Rasmi SPA

Sebaran pertanyaan hubungi:-
Unit Pengambilan
Tingkat 13, Menara 2,
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur
Tel : 03-2266 8347/ 8348/ 8349/ 8350

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top