Pengambilan Tentera Darat, Jadual Pengambilan 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengambilan Tentera
Pengambilan Tentera

Bagi yang berminat dalam pasukan tentera, Pengambilan Tentera Darat telah dikeluarkan oleh Laman Rasmi Tentera Darat Malaysia untuk kemasukan 2016 dibuka mengikut masa, lokasi dan tarikh yang ditetapkan. Bidang ketenteraan juga salah satu bidang pilihan remaja yang bersemangat waja dan inginkan sesuatu yang mencabar dan lasak. Untuk diterima masuk dalam pasukan tentera bukanlah sesuatu yang senang kerana pemohon perlu melalui tapisan yang ketat demi melahirkan anggota yang bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menjalankan tugas.

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki TD pada tarikh yang akan dimaklumkan berasingan. Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson,Negeri Sembilan.

Syarat Kelayakan Akdemik Pengambilan Tentera

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Lulus dalam subjek tertentu. Pernyataan Keputusan tidak diterima. (Calon SPM 2013 ke atas wajib Lulus subjek Sejarah).
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pen Peg Perubatan/ Pen Peg Farmasi / Jururawat Terlatih / Jururawat Pergigian/ Juruteknologi Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM.
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Syarat Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia ( KAGAT )

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam Subjek Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

atau

  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

atau

  • Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

Lain- Lain Kelayakan

  • Warganegara Malaysia. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun, calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh angkat sumpah.
  • Taraf Perkahwinan. Bujang/Kahwin/Duda.
  • Kes Polis/Mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
  • Taraf Kesihatan. Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Employment (FE) iaitu boleh diatur gerak untuk semua tugas-tugas pertempuran di Barisan Hadapan.
  • Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit kelayakan akademik, ujian fizikal, ujian bertulis (IQ dan Psikologi) serta ujian kecergasan. Kecemerlangan dalam bidang sukan diberi keutamaan.
  • Syarat Minima Ukuran Fizikal:
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Ukuran

Lelaki
Tinggi 1.62m
Berat 47.5kg
BMI (Berat + Tinggi +  Tinggi) = 18-26.9
Ukuran Dada Biasa

Ukuran Dada Kembang

76sm

81sm

Dokumen dan Sijil yang diperlukan

Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan sesalinan dokumen seperti berikut:

  • Kad Pengenalan.
  • Sijil Kelahiran.
  • Sijil SPM.
  • Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
  • Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
  • Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  • Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  • Sijil Berhenti Sekolah.
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  • Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
  • Sekeping gambar terkini berukuran passport.
  • Sila bawa bersama ball pen hitam.
  • Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220mm x 110mm.

Jadual Pengambilan Pusat Pemilihan

tentera1

tentera2

Maklumat Lanjut dan pertanyaan

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat

Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2

Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak

50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258/2188/6030

atau

Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my

Untuk maklumat lanjut permohonan anda disarankan untuk merujuk Pengambilan Tentera

9 thoughts on “Pengambilan Tentera Darat, Jadual Pengambilan 2016

  1. Asslmmualaikum , sye ade spm je.. mintak pendapat adakah ia perlukan ape ii selain spm.. klau boleh ke di terima .. terima kasih

  2. Assalamualaikum…saya nk tnya..sebelum ni saya mengalami patah tngan, kira kira setahun lalu..sekarng umur saya 16 thn…selepas saya menamatkan persekolahan atau menamatkan spm,bolehkah saya masuk TDM ni..saya ingin mngikut jejak abng sayaa…saya sngt meminati tentera ni…tngn saya ni ,makin lama makin kuat skit😀setelah sya bermain gym sebelum ni…saya minat sngt….

    1. Waalaikumussalam.. masa pemeriksan fizikal dia akan tengok tangan kita..biasanya akan ada tanda patah atau ada rekod perubatan..latihan tentera kuat dan tak kira masa..dibimbangi akan patah kembali..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *