Umumnya, duit KWSP ini adalah duit caruman potongan majikan dan pekerja daripada hasil pendapatan anda bulanan. Adakah boleh membuat pengeluaran KWSP usia muda ?
Oleh yang demikian, saya ingin mengulas jenis-jenis pengeluaran KWSP tersebut. Walaupun, pada asalnya, duit pengeluaran KWSP ini hanya boleh dikeluarkan secara penuh ketika anda telah tamat tempoh perkhidmatan (berpencen). Antaran jenis-jenis pengeluarannya adalah :
Jenis Pengeluaran KWSP
Pengeluaran umur 50 tahun
- Pengeluaran penuh akaun 2
- Pengeluaran sebahguan akaun 2
Pengeluaran umur 55 tahun
- Mengeluarkan kesemua simpanan
- Mengeluarkan sebahgian daripada simpanan (jumlah minimum akaun RM2,000 & setiap hari dari tarikh permohoanan pengeluaran yang terdahulu)
- Bayaran bulanan (mengeluarkan minimum RM3,000 iaitu RM250.00 sebulan bagi sekurang-kurangnya 12 bulan)
- Gabungan sebahagian simpanan + bayaran bulanan
Pengeluaran umur 60 tahun
- Mengeluarkan kesemua simpanan
- Mengeluarkan sebahgian daripada simpanan (jumlah minimum akaun RM2,000 & setiap hari dari tarikh permohoanan pengeluaran yang terdahulu)
- Bayaran bulanan (mengeluarkan minimum RM3,000 iaitu RM250.00 sebulan bagi sekurang-kurangnya 12 bulan)
- Gabungan sebahagian simpanan + bayaran bulanan
Pengeluaran Mengurang / menyelesaikan baki pinjaman rumah.
- Pengeluaran ini untuk anda yang Ingin melunaskan baki bayaran rumah yang anda beli melalui pengeluaran duit simpanan anda dalam KWSP.
Pengeluaran hilang upaya
- Pengeluaran ini membolehkan ahli (anda) untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP jika ahli tidak berupaya dari segi fizikal , mental, mahupun hilang keupayaan kekal untuk mendapatkan pekerjaan.
Pengeluaran meninggalkan Negara
- Pengeluaran ini hanya boleh dimohon yang berstatus warganera Malaysia yang telah melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke Negara luar.
- Pengeluaran ini sama sekali tidak boleh bagi warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan berpindah ke Negara luar.
Pengeluaran pendidikan
- Pengeluaran ini membolehkan ahli (anda) untuk membuat pengeluaran simpanan akaun 2 bagi membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli. Status anak ahli di sini termasuk anak tiri dan anak angkat) yang menuntut di mana-mana IPT di dalam dan luar Negara.
Pengeluaran pekerja berpencen dan pengeluaran pesara pilihan
Skim pelaburan ahli
- Skim ini membolehkan ahli untuk membuat pemindahan sebahagian simpanan akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi mmeningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli hanya boleh melaburkan simapanan yang tidak melebihi sebanyakk 30% sahaja daripada jumlah simpanan asas dalam akaun 1 melalui institusi pengurusan dana (IPD) yang dilantik.
Pengeluaran membina / membeli rumah
- Pengeluaran ini memholehkan ahli (anda) untuk mengeluarkan simpanan akaun 2 bagi membiayai [pembelian sebuah rumah. Ini dibolehkan bagi membolehkan ahli dapat memiliki` sebuah r`umah sebagai tempat perlindungan setelah tamat bersara.
Pengeluaran melebihi 1 juta
- Pengeluaran ini merupakan pilihan kepaada ahli yang mempunyai simpanann melebihi RM1.05 juta .
Pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Ahli dibenarkan mengeluarkan simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman atau pembinaan rumah.
Pengeluaran kematian
- Pengeluaran penuh oleh akaun ahli oleh penama/waris/pentadbir pusaka/wasi apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.
Pengeluaran perumahan fleksibel
- Pengeluaran ini merupakan proses untuk mengetepikan sebahagian simpanan dalam akaun 2 ahli ke akaun pengeluaran perumahan fleksibel bagi mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli rumah / membina rumah.
Pengeluaran kesihatan.
- Membilehkan ahli mengeluarkan akaun simpanan 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal/pembelian peralatan bantuan kesihatan yang telah diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapai oleh ahli mahupun ahli keluarga yang dibenarkan.
[…] Wang Simpanan Pekerja KWSP juga salah satu pilihan pekerja. KWSP ini memberi peluang untuk mengeluarkan wang simpanan […]
Cara pengluaran kwsp dalam usia 30an