Pernah anda terfikir syarat kemasukan CIAST, mungkin masih ramai yang tidak tahu berkenaan ciast. Buat pengetahuan umum kepada semua pembaca, ciast ( centre for instructor and advanced skill training) atau dalam bahasa melayunya pusat latihan pengajar dan kemahiran lanjutan . Ia merupakan sebuah institute latihan kemahiran awam di bawah jabatan pembangunan kemahiran dan kementerian sumber manusia yang telah beroperasi sejak tahun 1985. Ciast telah menjalankan kursus-kursus yang melahirkan tenaga pengajar kemahiran.
Lokasi Ciast
Ciast terletak di seksyen 19 shah alam, Selangor yang merupakan kampus induk. Beberapa kampus satelit dan kampus cawangan telah diwujudkan. Ianya terletak di :
- CSC-ADTEC Taiping,
- CSC-ILP Sandakan,
- CSC-ILP marang,
- CSC-ILP bintulu,
- CSC-ILP selandar ,
- CSC – kolej AITC kucing,
- CSC-Kolej yayasan sabah.


Program-progaram yang dijalankan ciast
- Penawaran kursus jangka panjang seperti :
- Sijil Pengajar Vokasional / Vocational training officer (VTO) tahap 3
- Diploma lanjutan pengajar vokasional (DLPV) tahap lima (Bidang elektronik, mekatronik, pengeluaran, kimpalan, automotif)
- Sijil kemahiran Malaysia tahap 3 + VTO ( bidang elektronik, mekatronik, pengeluaran, kimpalan, automotif, computer sistem, computer rangkaian)
- penawaran kursus jangka pendek seperti :
- Bidang teknikal
- Kursus-kursus kemahiran mengajar khusus dalam bidang vokasional.
Syarat kemasukan Ciast
- Merupakan warganegara Malaysia yang berumur antara 18-3 tahun.
- Lulus spm atau spmv dengan lulus dalam subjek bahasa Malaysia dan sejarah (bagi calo spm 2013 ke atas)
- Tidak buta ataupun buta warna, rabun dan pekak , bisu dan cacat yang boleh menyukarkan kerja amali seta sessi pembelajaran kelak.
- Lulus sessi temudugayang telah dijalankan oleh pihak ciast.
- Permohonan daripada jabatan kerajaan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada jabatan masing-masing terlebih dahulu.
- Calon perlu bersedia ditempatkan di mana –mana sahaja pusat bertauliah seluruh Malaysia.
Maklumat tambahan :
Tempoh pengajian bagi SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO) : 9 BULAN ½
Tempoh pengajian bagi DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL (TEKNOLOGI KIMPALAN )
- 2 tahun 6 bulan (calon DKM)
- 1 tahun 9 bulan ( calon DPV)
Tempoh pengajian bagi DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL ( TEKNOLOGI AUTOMOTIF )
- 2 tahun 6 bulan (calon DKM)
- 1 tahun 9 bulan (calon DPV)
Tempoh pengajian bagi DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL ( TEKNOLOGI ELOKTRONIK )
- 2 tahun 6 bulan ( calon DKM)
- 1 tahun 9 bulan (calon DPV)
sya ada sijil tahap 3 tapi takade spm boleh memohon ke?
Sy pljar kolej vokasional jurusan seni reka fesyen akan habis DVM pd bulan Ogos 2022 bolehkah sy mohon untuk menjadi tenaga pengajar .Sy ada SKM 3 ,SPVM ,DIPLOMA
Anak saya lepasan diploma perkhidmatan makanan halal so NOSS apa yg boleh dia mohon utk melayakkan dia memasuki ciast
Salam ….anak saya ada sijil tahap 3…bidang moto kuasa tingggi…..giat mara..boleh kah anak saya sambung belajar di sini
Saya memiliki sijil kemahiran malaysia tahap 3,
Saya bermiknat sangat hendak sambung belajar ke ciast, tetapi saya tidak tahu cara untuk memohon
Apakah perkara yang perlu saya buat