Pengesahan PESARA melalui mykad merupakan salah satu medium baru untuk megetahui status pesara kerjaaan. Justeru itu, pengesahan PESARA amatlah PENTING buat semua pesara kerjaan. Justeru itu, sebagai pesara anda WAJIB ketahui cara melakukan pengesahaan PESARRA menerusi mykad ini.
TAHUKAH ANDA!!!
Tujuan pengesahan ini adalah bagi :-
- Bagi mengesahkan identiti sebagai seorang pesara Kerajaan Malaysia atau tanggungan pesara (pasangan atau anak) atau penerima pencen terbitan melalui Mykad
- Boleh digunakan bagi pelbagai tujuan berkaitan pengesahan diri mereka yang berkaitan (pesara, tanggungan pesara dan penerima pencen terbitan)
- Bagi urusan rawatan di Hospital Kerajaan, pelaksanaan aplikasi adalah secara berperingkat bermula di hospital-hospital terpilih.
Sistem sebelum ini hanya kad pesaraan biasa untuk memasuki hospital secara percuma. Kad tersebut WAJIB di phostat untuk memasuki ward dan menerima rawatan secara percuma di hospital kerajaan. Dengan wujudnya sistem baru ini lebih memudahkan pesara memasuki hospital kerajaan secara percuma dan mendapat bilik rawatan diatas khidmat mereka dengan pihak kerajaan.
***PENGGUNAAN MYKAD LEBIH MEMUDAHKAN PIHAK HOSPITAL UNTUK MENGENALPASTI PESARA KERAJAAN***
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia masih mengeluarkan kad Pesara yang boleh digunakkan seperti biasa
- Memperluaskan lagi penggunaan mykad
Pengesahan PESARA Melalui Mykad 2021
Maklumat PENTING dalam mykad adalah seperti:-
1) Maklumat Asas
- Nombor Akaun Pencen
- Status (Pesara/ Penerima Pencen Terbitan/ Pasangan/ Anak)
- Tarikh Bersara Pesara
- Jenis Pesaraan
2) Maklumat Perkhidmatan Pesara
- Jenis Perkhimatan
- Jawatan Akhir
- Gred Gaji
- Gaji Akhir
- Jabatan Akhir
3) Maklumat Kelayakan Perubatan
- Kelayakan kelas Ward
- Kod Pembayar Perubatan
- Tarikh Tamat Kelayakan (bagi pasangan/ anak pesara)
4) Maklumat Pasangan Pesara
- No kad pengenalan pasangan
5) Maklumat Waris
- Nama Waris yang boleh dihubungi
- No telefon waris
Cara melakukan pengesahan PESARA melalui mykad 2021
Cara melakukan pengesahan PESARA melalui mykad adalah seperti:-
a) Sila pastikan label 64K tertera dibelakang Mykad. Jika TIADA label 64K tertera di belakang Mykad, pesara perlu menukar Mykad dimana-manna cawangan Jabatan pendaftaran Negara Malaysia
b) Pesara, tanggungan pesara dan penerima Pencen Terbitan hanya perlu membawa mykad dan kad pesara ke kaunter perkhimatan Bahagian Pasca Perkhidmatan
c) Sekiranya, mykad hilang atau tiada kad pesara, sila datang ke kaunter Perkhidmatan Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan membawa mykad bagi urusan kad pesara dan juga memasukan maklumat pesaraan ke dalam mykad
d) Serahkan mykad di kaunter untuk proses kemasukan
TAHUKAH ANDA!!!
Perlaksanaan aktiviti memasukan maklumat dalam mukad dilaksanakkan menerusi 2 fasa iaitu fasa pertama mulai 1 JULAI 2008 yang melibatkan Pesara dan penerima pencen terbitan
Gantian Cuti Rehat
Bagi mereka yang baru sahaja berkhidmat di Jabatan Kerajaan, pasti anda baru sahaja mendengar berkenaan dengan gantian cuti rehat ini. Gantian cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhimatan Awam yang TIDAK berpeluang untuk menghabiskan cuti rehat disebabkan oleh kepentingan perkhidmatan.
Contoh yang paling mudah adalah pasa musim pandemik ini, ramai pertugas barisan hadapan yang dibekukan cuti untuk membanteras penularan pandemik ini. Dan sekiranya sehingga anda menamatkan perkhidmatan anda di jabatan kerajaan ini dan cuti anda masih belum selesai maka anda LAYAK mendapat gantian cuti rehat ini mengikut kadar pengiraan daripada pihak kerajaan.
INFO TAMBAHAN!!!
Gantian cuti rehat ini hanya diberikan kepada anggota tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan anggota sementara dalam perkhimatan awam. Manakala, pegawai kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan TIDAK LAYAK untuk mendapatkan gantian cuti rehat ini.
Pemberian Award gantian cuti rehat ini akan diberikan berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima tertakluk maksimum 150 hari sahaja. Gaji akhir yang diterima meliputi gaji pokok hakiki dan imbuhan tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.
Buat penegtahuan umum, pembayaran Gantian Cuti Rehat ini akan dibayar pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara manakala, bagi pegawai yang meninggal dunia bayaran akan dibuat pada tanggungan pegawai berkenaan. Pembayaran akan dibuat pada kadar yang segera mengikut terma dan syarat.
Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti:-
- 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
- 1 salinan kenyataan cuti
- 2 slainan penyata kiraan cuti
- 1 salinan kad pengenalan
- 1 salinan surat permohonan pesara/ waris
PERHATIAN!!!
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukan sekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarik persaraan.
Diharapkan perkongaisn berkenaan dengan pengesahan PESARA melalui mykad ini dapat membantu bakal pesara. Walaupun ianya merupakan satu proses yang mudah tetapi terkedang kira akan lupa kerana terlalu ghairah untuk bersara. Justeru itu, tambahkan ilmu untuk mendapat lebih banyak manfaat sebelum anda bersara.
Rujukan :-
1) http://www.jpapencen.gov.my/pesara.html