Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Jadual Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012
- KPM
Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan satu surat siaran yang menghuraikan tentang penggal persekolahan, cuti peristiwa dan cuti berganti bagi tahun 2012 sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Penggal persekolahan tahun 2012 akan bermula pada 3 Januari 2012 dan akan tamat pada 8 November 2012 bagi sekolah-sekolah kumpulan A, manakala sekolah kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2012 dan tamat pada 9 November 2012. Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 203 hari, manakala jumlah cuti penggal adalah 87 hari.
Untuk pengetahuan, Sekolah bagi kumpulan A ialah sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala sekolah kumpulan B ialah sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Untuk mendapatkan maklumat penuh, jadual dan surat siaran Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 boleh dimuat turun dibawah :
Sumber : Kementerian Pelajaran
Diaharapkan makluman Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 ini memberikan kemudahan dalam perancangan persekolahan.