Sebelum ini contoh pengiraan merit UPU untuk ke IPTA/ UA dan Politeknik Premier telah dikongsi, untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional / Metro, kolej Komuniti dan ILKA juga dinilai berdasarkan formula merit tertentu. Merit ini dapat memberi kemudahan untuk keutamaan dipilih untuk persaingan antara pemohon untuk mendapat tempat pengajian atau kursus yang terhad.
Merit UPU Ke POLITEKNIK KONVENSIONAL/ METrO, KOLEJ KOMUNITI & ILKA
Markah Akademik
Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut:
GRED | MARKAH |
A+/0 | 10 |
A/1A | 9 |
A-/2A | 8 |
B+/3B | 7 |
B/4B | 6 |
C+/5C | 5 |
C/6C | 4 |
D/7D | 3 |
E/8E | 2 |
G/9G | 1 |
Kaedah Pengiraan Markah Akademik
Mengambil kira 5 mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Matematik/ Matematik Tambahan dan
- Satu (1) mata pelajaran SPM terbaik dari kumpulan Sains/Vokasional/ Teknologi dan
- Dua (2) mata pelajaran terbaik yang belum diambil kira
Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen berikut:-


Contoh Pengiraan Markah Merit
Dibawah adalah gambaran bagaimana pengiraan merit dibuat untuk memudahkan perancangan pemohon.
Untuk makluman, terdapat 30 Politeknik konvensional di Malaysia dan 93 Kolej Komuniti.
Istitut Latihan Kemahiran Awam ILKA pula terdiri dari :
Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
- Institut Latihan Perindustrian (ILP)
Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- MARA Japan Industrial Institute (MJII)
Pingback: Perbezaan Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional –Xpresi