Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Seluruh Malaysia

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Seluruh Malaysia

Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Seluruh Malaysia. Pada Tarikh 17 Januari 2021, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyusun semula pembukaan sekolah pada sesi 2021 ini. Justeru itu, pengoperasian institusi Pendidikan di bawah KPM Seluruh Malaysia telah dilakukan, hal ini disebabkan kes COVID -19 semakin bertambah dari sehari ke sehari tanpa ada pengurangan.

Selain itu, kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) juga semakin bertambah. Keadaan ini agak merisaukan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu, pihak KPM telah menyusun semula pembukaan sekolah pada sesi 2021 ini. Ianya bertujuan menjaga keselamatan para pelajar di seluruh Malaysia.

 

Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Seluruh Malaysia

Setelah pihak KPM mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Malaysia adalah hanya melibatkan pelajar dibawah:-

  • Pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun 2020 SAHAJA
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
    • Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
  • Peperiksaan Antarabangsa setara
“Sesi persekolahan secara bersemuka ini akan bermula pada 20 Januari 2021 seperti yang telah ditetapkan sebelum ini”

Bagi pelajar sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.

Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

Bagi pelajar yang sudah mula mendaftar masuk ke asrama mulai 16 Januari 2021, pihak Kementerian telah membuat ketetapan dan perlu dipatuhi oleh pihak Sekolah dan pelajar.

Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Seluruh Malaysiae adalah mengikut ketetapan yang disediakan oleh pihak Kementerian. Berikut adalah ketetapannya:- 

1) Sekolah Berasrama Penuh

  • Sekolah Berasrama Penuh (Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

i) Pelajar BOLEH KEKAL di asrama dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian di sekolah

ATAU

ii) Pelajar boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR

“Ibu bapa DIBENARKAN mengambil anak-anak pada bila-bila masa yang sesuai TETAPI WAJIB mengikut segala garis panduan yang telah disediakan oleh pihak MKN”
  • Pelajar Tingkatan 5 (Sesi 2020) dan Tingkatan 6

Mereka akan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

2) Asrama Sekolah Harian

  • Pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

i) Pelajar BOLEH KEKAL di asrama dan mengikuti PdP secara atas talain di sekolah

ATAU

ii) Pelajar boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR

“Ibu bapa DIBENARKAN mengambil anak-anak pada bila-bila masa yang sesuai TETAPI WAJIB mengikut segala garis panduan yang telah disediakan oleh pihak MKN”
  • Pelajar Tingkatan 5 (Sesi 2020) dan Tingkatan 6

Mereka akan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

PERHATIAN!!!
Keperluan makan dan minum pelajar di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah.

“Bagi tujuan pengoperasian sekolah semua guru perlu berada di stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021”

Bagi guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan seperti SPM/ SVM/ SKM/ STPM/ STAM/ DVM tahun 2020, mereka perlu hadir ke sekolah bagi tujuan PdP secara bersemuka. Manakala, guru yang tidak terlibat dengan kelas peperiksaan akan bersiap sedian untuk PdPR dan kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh ketua jabatan.

3) Pelajar Matrikulasi

Bagi pelajar matrikulasi, mereka perlu KEKAL di asrama atau kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

4) Pelajar Institusi Pendidikan Guru (IPG)

Bagi pelajar yang sudah berada di asrama mereka perlu kekal berada di asrama kampus.

Bagi mereka yang belum mendaftar masuk ke asrama mereka boleh memilih untuk kekal di rumah atau mendaftar masuk ke asrama masing-masing. Walaupun mereka boleh membuat pilihan samaada hendak kekal berada di rumah atau pulang ke asrama PdP tetap akan diteruskan secara atas talian mulai 17 Januari 2021. Manakala, perincian berkaitan pelaksanan praktikal dan intership IPG akan dimaklumkan kelak.

Terakhir sekali, bagi pelajar tadika swasta yag berdaftar dengan pihak KPM boleh meneruskan operasi pembukaan tadika secara bersemuka. Walaupun pihak tadika swasta dibenarkan membuka tadika, segala garis panduan yang disediakan oleh pihak MKN dan KKM perlu dipatuhi.

Nasihat yang diberikan kepada sekolah yang TIDAK BERDAFTAR dengan KPM termasuk sekolah yang berdaftar di bawah Kerajaan Negeri agar mengikuti segala ketetapan pengoperasian institusi pendidikan agar kita dapat menghapuskan virus COVID -19 ini di dalam kalangan masyarakat.

Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Seluruh Malaysia

Rujukan :-

1) https://www.moe.gov.my/

2) https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.moe.gov.my/muat-turun/teks-ucapan-dan-slide/tu2020/3831-teks-ucapan-sidang-media-ybmk-pengoperasian-institusi-pendidikan-di-bawah-kpm-serta-peperiksaan-awam-tahun-2020&ved=2ahUKEwil3crivZfuAhWJ6XMBHVJuAmoQFjAAegQIAxAC&usg=AOvVaw0UFYqIZ8thWkvmGpLqJn3D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *