Pengumuman Tarikh Keputusan Permohonan Program Ijazah UPU 2012/2013

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Pengumuman Tarikh Keputusan Permohonan Program Ijazah UPU 2012/2013 1
Semakan

Bagi lepasan tingkatan enam, lepasan matrikulasi / setaraf yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan UPU untuk kemasukan ke Ijazah Pertama yang dimohon sebelum ini. Keputusan akan diumumkan tidak lama lagi. Jika menurut UPU, pengumuman tarikh keputusan Permohonan Ijazah Pertama akan dibuat kemungkinan hujung minggu ini. Kemungkinan keputusan akan keluar sekitar 16-20 Julai 2012 ini. Berikut adalah petikan dari staff UPU :

UPU banyak terima panggilan dan pertanyaan mengenai bila keputusan permohonan akan diumumkan…? Satu Sidang Media bersama Yang Berbahagia Dato, Ketua Pengarah JPT akan diadakan sebaik sahaja proses pemilihan selesai.

Syukur Alhamdulillah program “JOM MASUK U” di 11 zon seluruh Malaysia banyak membantu calon membuat pilihan program pengajian yg tepat dgn melepasi Syarat Khas Program dan bijak memilih program pengajian berdasarkan kelayakan masing2…

Kebanyakan pemohon akan mendapat tawaran berdasarkan pilihan program pengajian yg dibuat. Namun demikian masalah kekurangan pemohon dari Aliran Sains dan lambakan calon di Aliran Sastera setiap tahun yg semakin meningkat mengakibatkan ramai pemohon di Aliran Sastera yg mendapat keputusan peperiksaan yg baik tidak dapat ditawarkan berbanding pemohon dari Aliran Sains.

Jangkaan pengumumuan rasmi keputusan permohonan ke Program Ijazah Pertama ialah pada hujung minggu ini…bersabar dan banyakkan berdoa.

Oleh demikian, diharapkan pemohon supaya bersabar dan banyakkan berdoa serta banyak membantu mereka yang susah. Hal ini kerana berbuat baik merupakan tuntutan agama yang mana balasannya mungkin adalah yang tidak kita jangka.

3 thoughts on “Pengumuman Tarikh Keputusan Permohonan Program Ijazah UPU 2012/2013”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top