Pengumuman Tarikh Keputusan UPSR 2011 Kementerian Pelajaran

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tarikh Keputusan UPSR 2011

Pengumuman Tarikh Keputusan UPSR 2011 Kementerian Pelajaran 1
KPM

Bagi adik-adik yang telah menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR tahun 2011, Keputusan UPSR akan dikeluarkan pada 17 November 2011. Mungkin ini merupakan debaran kepada ibu bapa dan juga calon itu sendiri. UPSR ini adalah peperiksaan yang penting untuk memberikan penilaian pertama dalam peperiksaan awam untuk memohon ke sekolah asrama penuh.

Majlis pengumuman analisis keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, aras 6 blok E8, Kompleks kerajaan Parcel E Putrajaya. Untuk tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan seluruh negara.

Info Tambahan :  Asasi Vs Matrikulasi 2.0

Oleh itu, calon UPSR 2011 bolehlah mengambil keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari tersebut.

Sumber: Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

2 Comments

Leave a Reply