Pengeluaran wang I-sinar KWSP kini sudah tiada syarat lagi seperti sebelum ini. Justeru itu, rakyat WAJIB ketahui cara pengurusan wang dengan bijak agar anda tidak salah membazirkan wang untuk masa hadapan.
Anda perlu bijak memilih sama ada perbelanjaan itu mengikut KEPERLUAN atau KEHENDAK. Hal ini amat penting bagi menjadikan anda seorang yang bijak dalam menguruskan kewangan anda.
Wang Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sudah selamat sampai ke tangan tuan mereka. Justeru itu, pasti banyak sale yang bakal pihak perniagaan online lakukan demi menarik perhatian mereka. Jadi, anda perlu betul-betul bijak dalam membuat pemilihan da pembelian.
Pengurusan Wang Dengan Bijak
Sebagai penerima bantuan BPR mahupun mereka yang layak mengeluarkan I-sinar KWSP anda perlu bijak dalam menguruskan wang. Sekiranya anda bijak dalam menguruskan wang yang bakal anda terima (I-sinar) maka anda tidak akan membelanjakan wang sesuka hati tanpa hala tuju. Antara cara pengurusan wang dengan bijak adalah seperti:-
1) Ketahui perbezaan Keperluan dan kehendak
“Keperluan adalah suatu perkara yang PENTING bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang, sekiranya tiada maka anda tidak dapat meneruskan kehiudpan”
Manakala


“Kehendak adalah satu yang BUKAN BERKEPENTINGAN tetapi ianya lebih kepada nafsu untuk memiliki akan sesuatu”
Setelah anda fahami dan mendalami maksud sebenar keperluan dan kehendak maka anda akan bijak dalam menguruskan kewangan yang diperolehi. Terkadang kita lupa dan alpa akan semua itu kerana kehendak menguasi diri bukan keperluan. Justeru itu, sentiasa menjaga mata ketika berbelanja.
“JANGAN mudah termakan kata dan janji manis daripada penjual”
2) Matikan segala notifikasi pembelian secara atas talian


Pembelian secara atas talian bukan salah satu norma baharu dalam kehidupan seharian tetapi ianya sudah menjadi satu perkara penting dalam norma baharu pada zaman ini. Justeru itu, amalan pembelian barangan secara atas talian adalah bagus kerana ianya selamat pada musim pandemik ini.
Walaubagaimana sekalipun, pembelian secara atas talian tanpa kawalan amat merbahayakan, jadi MATIKAN sahaja notifikasi pembelian secara atas talian ini.
“Pembelian barang secara atas talian ini boleh membuatkan seseorang itu ketagih membeli walaupun ianya bukan keperluan, jadi ELAKKAN diri daripada menjadi ketagih dalam pembelian barangan atas talian”
Bersederhanalah dalam setiap perbelanjaan agar masa hadapan anda lebih terjamin. Jangan pernah beranggapan wang akan datang bergolek tanpa ada usaha untuk menambahkannya.
“Wang ibarat gunung yang tinggi sekiranya selalu ditarah ianaya akan tandus juga akhirnya begitu jugalah wang”
3) Amalkan amalan menabung
Wang yang dinanti-nanti sudah pun berjaya dikeluarkan tanpa syarat. Justeru itu, pasti ramai yang bakal menjadi kaya seketika dan tidak tahu bila masa wang yang di kasihi akan berkurangan atau habis. Jadi, amalan menabung amat berguna buat mereka yang sudah berjaya mengeluarkan wang i-sinar itu.
“Anda perlu bijak dalam menguruskan kewangan anda kerana pilihan berada di tangan anda”
4) Lakukan pelaburan sekiranya wang i-sinar sudah dikeluarkan
Bagi mereka yang mengeluarkan wang simpanan KWSP menerusi pengeluaran wang i-sinar tanpa terkesan akan pandemik ini. Anda sangat dinasihati agar melakukan sedikit pelaburan wang agar anda tidak membazirkan wang.
Antara jenis pelaburan yang sangat diyakini pada masa kini adalah:-
- Pelaburan saham ASB bagi golongan bumiputera
- Pelaburan saham Public Mutual
- Pelaburan saham emas
Semua pelaburan ini adalah bertujuan untuk menambahkan lagi kewangan yang sudah anda perolehi. Sekiranya anda berasa ragu-ragu akan pelaburan ini maka simpanlah wang yang diperolehi di dalam bank kerana penyimpan wang menerusi simpanan bank juga mampu menambahkan wang yang sedia ada.
Sedang kita sibuk berbincang cara untuk menambahkan wang simpanan jangan pernah sesekali melupakan satu tanggunjawab kita sebagai seorang muslim iaitu mengeluarkan zakat bagi membantu mereka yang memerlukan. Sekiranya kita TIDAK lupa akan apa yang ALLAH kehendaki maka anda TIDAK akan lupa untuk menambahkan lagi rezeki yang sedia ada. Justeru itu, jangan lupa untuk membayar zakat.
“Pembayaran zakat mampu mengurangkan bebanan bagi mereka yang betul-betul memerlukan bantuan”
Ramai anak muda x pandai urus duit, last2 kempunan paling kronik muflis .