Penjadualan Semula Takwim Peperiksaan Awam 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Penjadualan Semula Kali Kedua Takwim Peperiksaan Kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat penjadualan semula kali kedua takwim peperiksaan kendalian KPM bagi tahun 2020 berdasarkan Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020. Jelas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.Penjadualan Semula Takwim Peperiksaan Awam 2020 1

Penjadualan semula kali pertama peperiksaan bawah kendalian KPM telah diumumkan pada 28 Mac 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mengambil kira pelanjutan PKP dan perkembangan semasa penularan wabak Covid-19, Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020 telah mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan awam akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021. Ini bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Menurut arahan segera Kementerian Kesihatan Malaysia, Siji Pelajaran Malaysia (SPM) akan dianjak ke 6 Januari hingga 9 Februari 2021. SPM yang pada asalnya akan diduduki oleh lebih 400,000 pelajar pada 16 November – 7 Disember 2020 telah ditunda kepada suku pertama tahun 2021 bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan. KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan. Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan tahun 2021 akan dimaklumkan kelak. Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.

Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

“Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar,” jelas KPM menerusi kenayatan pada Ahad.

Untuk makluman, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) (kecuali bagi komponen Hifz Al-Quran – Tasmi’ dan Tahriri) pada tahun 2020 adalah dibatalkan selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020.

Takwim Peperiksaan 2020

Berikut merupakan takwim peperiksaan bagi tahun 2020 yang telah dijadualkan semula:

Penjadualan Semula Takwim Peperiksaan Awam 2020 2

Penjadualan Semula Takwim Peperiksaan Awam 2020 3
Penjadualan Semula Takwim Peperiksaan Awam 2020 4
Penjadualan Semula Takwim Peperiksaan Awam 2020 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *