MyfutureJobs diperkenalkan disebabkan pandemik COVID -19 yang melanda dunia hampir setahun lebih. Maka, graduan lepasan univeristi telah banyak mengalami masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Justeru itu, pihak kerajaan telah mengambil satu langkah kehadapan iaitu dengan melancarkan MyFurtureJobs. Ianya merupakan sebuat portal bagi membantu pencarian kerja serta menyediakan padanan pekerjaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
MyFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Portal ini dilancarkan susulan Program Penjana kerjaya. Ianya merupakan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan untuk merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan. Pada masa yang sama bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja.
Justeru itu, pihak PERKESO menyarankan pihak graduan atau lepasan sekolah yang sedang mencari pekerjaan untuk mendaftar di portal ini. Ianya bagi memudahkan lagi urusan mereka untuk mendapatkan tempat bekerja yang sesuai mengikut keperluan sesebuah syarikat.
Sekiranya para majikan masih keliru untuk mendaftar, mereka boleh mendapatkan bantuan pihak PERKESO untuk mendaftar jawatan kosong atau hal berkenaan dengan pencari pekerja tempatan.
Majikan boleh mendaftar profil di “KLIK DISINI” bermula 15 Jun sekiranya mempunyai kekosongan jawatan. Majikan yang mengambil pekerja menerusi program ini mesti mendaftarkan pekerja-pekerja dengan PERKESO bagi caruman wajib pada masa hadapan.
PENJANA : Cara Mendaftar Penjana Kerjaya MyFutureJobs
Pihak PERKESO sangat berbesar hati untuk memanggil pihak yang sedang mencari pekerjaan untuk mendaftar di laman web MyFutureJobs ini. Hal ini bagi memastikan mereka mempunyai pekerjaan bagi menyara kehidupan mereka pada masa akan datang.
Laman web Rasmi MyFutureJobs
PERINGATAN!!!
Bagi pengguna yang mendafatar di laman wb ini menggunakan telefon bimbit DIGALAKKAN untuk view portal ini sebagai desktop atau menggunkan komputer untuk melayari laman web ini sekiranya pendaftaran tidak boleh dilakukan di telefon pintar anda.
Cara mendaftar PENJANA Kerjaya Di Portal MyFutureJobs
Cara mendaftar PENJANA kerjaya di Portal MyFutureJobs ini mudah sahaja. Walaubagaimana sekalipun bagi pengguna baharu, anda perlu mengikuti beberapa langkah ini bagi emmudahkan urusan mendaftar di portal ini.
Antara langkahnya adalah:-
1) Layari portal MyFutureJobs menggunakan laman web diatas
2) Klik ‘Job seeker’ dan sign in pada bahagian atas kanan skin (klik sebagai desktop sekiranya menggunkan telefon)
3) Selepas itu KLIK butang ‘Register’
4) Masukan email dan kata laluan (Cipta sendiri kata laluan) dan klik ‘Register’
5) Anda WAJIB setuju dengan terma dan syarat yang diberikan untuk pergi ke step yang seterusnya.
Setelah berjaya mendaftar di portal ini, anda boleh mencari padanan pekerjaan mengikut kehendak anda. Dengan cara:-
- Anda hanya perlu log masuk ke dalam laman web ini
- Pergi ke laman web ‘match jobs’ dan anda boleh mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan profi anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
Mudah bukan untuk mendaftar bagi mendapatkan tempat dalam pekerjaan ini. Semua pekerjaan menjadi mudah kerana kini dunia hanya di hujung jari sahaja.
Cara pendaftaran Bagi Majikan
Bagi pendaftaran majikan yang mahu mengiklankan jawatan ksoong disini, anda perlu mengikuti langkah ini bagi memudahkan lagi urusan anda untuk memaparkan iklan jawatan kosong.
Antara langkahnya adalah:-
1) Layari portal MyFutureJobs
2) Klik ‘Employer’ dan ‘sign in’ pada bahagian atas kanan skrin
3) Setelah keluar paparan yang seterusnya KLIK ‘Register here’
4) Majikan perlu menbgisi bebberapa butiran syarikat dan KLIK ‘send for approval’
5) Maklumat yang sudah disahkan oleh pihak MyFutureJobs akan dihantar semula kepada majikan
6) Selepas itu, Majikan boleh memaparkan iklan jawatan kosong tersebut di laman web ini
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan di luar sana. Walaupun sukar untuk mencari pekerjaan pada musim pandemik ini, pihak kerajaan tidak pernah putus asa untuk membantu golongan yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan. Justeru itu, jangan pernah abaikan segala usaha yang telah pihak kerajaan lakukan untuk kita.