Dari perbincangan sebelum ini di forum berkaitan SBPA, ada menyebut tentang SBPA memerlukan penilaian dari Laporan Nilai Prestasi Tahunan ( LNPT ) untuk menentukan kecemerlangan dan kenaikan pangkat penjawat awam. Ada kakitangan awam yang tidak bersetuju dan ada juga mengemukakan cadangan berkaitan kelemahan penilaian oleh Ketua jabatan yang kadangkala berat sebelah dan dipengaruhi oleh faktor lain selain dari penilaian kecemerlangan sebenar. Oleh demikian, perbincangan dapat menarik minat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menjelaskan berkaitan isu LNPT dengan tindakan susulannya dijelaskan dibawah :
Bagi menjelaskan kaitan LNPT dengan tindakan susulan adalah seperti berikut:
- Bilamana anda sudah memilih SBPA mulai 1.1.2012 penilaian LNPT tahun 2012 yang akan disemak pada tahun 2013
- Bagi mereka yang mendapat markah 69 dan kebawah Penal yang dilantik akan membuat semakan adakah itu pertama kali PA berkenaan mendapat markah 69 kebawah.
- Bagi yang mendapat markah 69 kebawah untuk pertama kali Penal akan mengkaji sebab-sebabnya dan akan membuat perakuan supaya PA berkenaan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi. Diantara perakuannya ialah kaunseling dan penempatan semula ke jawatan/jabatan lain supaya dapat dinilai oleh PPP dan PPK yang berbeza.
- Bagi mereka yang sememangnya selama ini markah LNPT nya 69 kebawah termasuk LNPT tahun 2012 akan juga dibuat perakuan sewajarnya oleh Panel tersebut.
Itulah keadilan yang diketengahkan dalam SBPA ini. Panel yang ditubuhkan akan mempastikan tidak ada elemen penganiayaan berlaku sebelum keputusan muktamad diambil.
Sumber : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Oleh demikian, tindakan Ketua Pengarah mengambilkira pandangan ramai dan bertindak sesuatu kearah ketelusan, merupakan satu tindakan yang harus dipuji. Bekenaan isu LNPT dalam SBPA ini juga perlu lebih dikaji kelemahan dan kelebihan yang ada. Ketelusan dan kelemahan yang ada, perlu kerjasama semua pihak dalam memastikan sistem penilaian prestasi lebih baik pada masa akan datang.