Pentafsiran Baru Bagi Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK). Semua sudah ketahui pada tahun 2020 ini tiada penilaian peperiksaan khusus buat pelajar tahun 6 dan Tingkatan 3. Hal ini disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada akhir 2019.
Justeru itu, pasti ramai ibu bapa yang rungsing bagaimana hendak memasukkan anak mereka ke Sekolah yang Khusus pada tahun 2021 seperti :-
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Bagi permohonan kemasukan Sekolah Khusus ini, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan satu sistem pentafsiran murid yang bahru. Sistem permohonan ini khusus buat kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2021, dan permohonan boleh dilaksankan secara atas talian sahaja.
Sistem permohonan ini adalah secara “single entry point”. Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara atas talian menggunakan padanan Aplikasi pangkalan data murid (APDM). Setiap murid yang didaftarkan di Aplikasi Pangkalan data murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) layak untuk membuat permohonan PKSK.
PERINGATAN!!!
Aplikasi APDM ini adalah satu sistem yang menyimpan data semua pelajar bagi memudahkan tugas para guru untuk mendapatkan status pelajaran pemohon.
Buat pengetahuan semua ibu bapa, PKSK BUKANLAH satu penilaian bagi mengantikan UPSR mahupun PT3. Malahan PKSK ini merupakan salah satu kaedah yang dilaksanakan oleh KPM bagi memudahkan pemilihan pelajar ke Sekolah Khusus ini. Selain itu, ianya juga bertujuan bagi memastikan pemilihan kemasukan pelajar adalah adil berdasarkan kelayakan mereka (akademik + IQ + insaniah)
PKSK ini dibahagikan kepada 3 bahagian penilaian iaitu:-
●Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) melibatkan markah sebanyak 20%
●Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah) markah bagi bahagian ini adalah 70%
●Bahagian C: Artikulasi penulisan melibatkan markah sebanyak 10%
Cara untuk mengakses sistem PKSK ini adalah dengan menggunakan nombor mykid/ mykad permohon berserta nombor mykad penjaga utama.
PERINGATAN!!!
Penjaga utama disini membawa maksud nombor mykad ibu atau bapa atau penjaga tetap kepada pemohon yang di daftar di APDM tersebut.
Laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK adalah di https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1
manakala bagi tingkatan 4 / Kolej Vokasional tahun 1 di https://spskt4.moe.gov.my.
NOTIS PERINGATAN!!!
Permohonan dalam talian bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 sudah berakhir pada 2/10/2020 yang lepas TETAPI tarikh semakan pusat pentafsiran dan pelaksanaan pebtafsiran bagi TINGKATAN 1 dan TINGKATAN 4/ Kolej Vokasional tahun 1 adalah seperti berikut:-
Laman web yang perlu mereka gunakan bagi semakan pusat pentaksiran adalah laman web http://www.moe.gov.my dan pentafsiran ini akan dilaksanakan secara serentak diseluruh Negara pada tarikh yang telah dinyatakan di atas.
Semakan kelayakan kemasukan ke sekolah khusus ini adalah pada 15 JANUARI 2021 di pautan https://spskt1.moe.gov.my
bagi TINGKATAN 1 manakala bagi TINGKATAN 4 pada 5 FEBRUARI
2021 di pautan https://spskt4.moe.gov.my
Bagi pemohon tingkatan 1 yang tidak mendapat tawaran di mana-mana sekolah khusus, mereka boleh membuat RAYUAN bermula 15-27 Januari 2021 di pautan https://spskt1.moe.gov.my dan keputusan rayuan juga perlu dilihat di pautan yang sama. Manakala, bagi pemohon tingkatan 4 RAYUAN boleh dilaksanakan pada 5-19 Februari 2021 di https://spskt4.moe.gov.my/ dan keputusan juga boleh disemak di laman web yang sama
PERINGATAN!!!
Segala urusan pemohonan PKSK adalah menerusi laman web SAHAJA tiada secara manual.
Semua calon yang telah membuat permohonan perlu:
- Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di
http://www.moe.gov.my pada 07
hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 dan pada 12 Oktober
hingga 06 Nov 2020 bagi Tingkatan 4. - Mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
- Bawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
- Bawa peralatan tulis
- Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
- Pastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19
- Bawa dan sentiasa memakai pelindung muka bagi mengikut segala saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Amalkan penjarakan fizikal semasa menghadirkan diri di pusat pentafsiran
PERINGATAN!!!
Mereka yang terjangkiti virus COVID-19 TIDAK boleh menduduki pentafsiran ini. Manakala, bagi mereka yang BERGEJALA jalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik KKM berhampiran dan dapatkan pengesahan daripada pengamal perubatan bertauliah. Maklumkan kepada Pusat Ujian agar PKSK Khas dijadualkan semula untuk anda kelak
Jadi, sekarang ibu bapa tidak perlu rungsing lagi sekiranya impian mereka untuk anak masuk ke sekolah khusus. Perkara yang paling penting sekarang adalah ibu bapa perlu membuat persiapan yang jitu buat anak-anak agar mereka mampu menjawab setiap satu soal dengan betul. Tetapi sekiranya anak-anak masih lagi tidak layak untuk memasuki sekolah khusus jangan pernah menjatuh maruah anak-anak.
Sentiasalah memberi mereka kata-kata semangat serta dorongan untuk berjaya pada masa hadapan. Sekolah khusus hanyalah pada nama sahaja jadi tidak perlu risau sekiranya anak-anak tidak layak untuk memasuki sekolah khusus ini.
Rujukkan:-
1) http://www.moe.gov.my