Kemarin merupakan hari yang sibuk, sepanjang 3 minggu ni memang la tak miss hari sabtu sebab berturut-turut ada program dan projek. Tapi yang paling best bila kemarin tanpa disangka bak bulan jatuh ke riba, ditimpa idea nan merdeka.. Ape ni mengarut … * :rotfl: tiba-tiba je kemarin idea datang dengan banyaknya untuk menulis, ditambah lagi ada banyak berita yang perlu disampaikan pada pembaca xpresi ni.
Kalau dikira ada 4 artikel yang saya siarkan kemarin iaitu Perkhidmatan cemerlang, Peluang Belajar Lepasan Program Matrikulasi, Kekosongan Jawatan Kaunselor Gred 44 dan 41 di Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Semakan Online Keputusan STPM calon 2010. Banyak kan? Banyak kot…mungkin bagi saya dah banyak, tapi mungkin mereka yang dah pro anggap sikit je tu.. Kadang-kadang rasa gembira jugak bila saya dapat sampaikan sesuatu pada ramai orang dan membuatkan orang lain tahu daripada tidak tahu. Rasa satu kenikmatan yang tak dapat digambarkan..Mungkinkah aku sudah jatuh cinta???..ish..mengarut lagi * 😕 Tapi mungkin jugak sebab jatuh cinta pada rasa ingin membuatkan ilmu itu sentiasa disemai oleh setiap orang..
Satu lagi yang menyeronokkan bila kemarin xpresi mencecah seratus lebih-lebih..ehem2.. pengunjung ( Unic Visitor ) sehari..Xpresi dulu dah lain dari sekarang, masalah xpresi yang berlaku sebelum ni sebenarnya bak kata adik saya membuatkan saya lebih menghargainya. Betul jugak kata die…hehe.. Sekarang ni syukur xpresi paling kurangpun 100 orang melawat sehari…kalau kali dengan 7 hari dah 700 orang kan? kalau sebulan..tak jadi 2ribu lebih..ehem2..orang tu yer..bukan duit..jangan fikir pelik2.. :blush: ada kalanya juga sampai lebih dari 100 orang sehari sampai..fuh..xreti nak tulis…ape2 pun rasa syukur sangat dengan pencapaian tak seberapa ni berbanding blog/web yang otai2 atau bloger2 tegar Malaysia kita ni. Diorang lagi la power2..banyak yang perlu saya belajar dari diorang…Tapi yang penting sebulan..lebih dari 3000 orang yang mendapat ilmu…gembiranyerrr.. :rotfl: :rotfl:
Terima kasih la pada yang banyak memberi sokongan dan galakan, tanpa anda pembaca..siapalah saya dan xpresi ni…