Penutupan Institusi Pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Penutupan Institusi Pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan. Semua sudah ketahui bahawa virus COVID-19 di Sabah semakin menganas dan menyebabkan semakin ramai yang menjadi mangsa jangkitan virus COVID-19 ini. Tanpa disedari virus ini hampir menjangkiti penduduk Sabah hampir 51% daripada keseluruhan pesakit COVID-19 yang terjangkiti. 

Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil keputusan untuk menutup seluruh Institusi Pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan. Hal ini disebabkan oleh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 17/10/2020 yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan pada 15/10/2020 yang lalu.

Institusi yang terlibat adalah institusi yang berdaftar dengan KPM termasuk:-

  1. tadika
  2. sekolah harian
  3. sekolah berasrama penuh
  4. sekolah swasta
  5. kolej vokasional
  6. kolej metrikulasi 

 

Penutupan semua institusi ini bermula pada 17/10/2020 sehingga 30/10/2020. Penutupan ini melibatkan seluruh sekolah termasuk institusi pendidikan yang mempunyai asrama.

Dengan wujudnya kenyataan media ini diharapkan ibu bapa lebih alert untuk mengambil anak-anak yang tinggal di asrama untuk pulang ke rumah masing-masing tepat pada masanya. Walaubagaimana sekali pun, bagi pelajar yang ingin menunggu ibu bapa ambil mereka dibenarkan untuk tinggal di asrama buat sementara waktu.

Manakala, bagi mereka yang tinggal jauh daripada ahli keluarga (asal dari Semenanjung Malaysia) mereka boleh kekal berada di asrama sepanjang tempoh PKPB dan mereka akan berada dibawah pengawas warden asrama masing-masing.

Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana makanan & minuman pelajar yang kekal di asrama akan disediakan oleh pihak institusi pendidikan itu sepanjang PKPB ini dilaksanakan.

Manakala bagi pelajar kolej Metrikulasi yang ingin pulang ke rumah sepanjang PKPB ini WAJIB mengikuti SOP yang telah disediakan oleh pihak Kementerian. Atau SOP yang telah ditetapkan oleh negeri destinasi masing-masing.

PERHATIAN!!!
Bagi pelajar yang ingin menduduki peperiksaan antarabangsa yang telah dijadualkan, mereka hendaklah mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan tersebut.

Walaupun sekolah ditutup selama 2 minggu TETAPI proses pembelajaran P&P pelajar harus diutamakan. Justeru itu, pihak KPM telah menyediakan pelbagai modul pembelajaran buat pelajar-pelajar menerusi modul pengajaran dan pembelajaran di laman web KPM http://(www.moe.gov.my). 

Akhir kata kepada semua pembaca, patuhilah SOP yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar virus COVID-19 ini berlalu dengan segera. Pelajari hidup bersama virus COVID-19 ini supaya kita mampu hidup bebas semula seperti dahulu.

Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

Surat Edaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Penutupan Institusi Pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan 1

Penutupan Institusi Pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan 2
Rujukkan:-

1) http://(www.moe.gov.my).

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top