Penutupan Sekolah dan tarikh buka sekolah 2021, Pengistiharan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 7 November 2020 amat mengejukatkan semua pihak. Hal ini disebabkan oleh PKPB akan dilaksankan seluruh negeri Malaysia KECUALI Pahang, Kelantan dan Perlis. PKPB akan bermula pada 9 November 2020 sehingga 6 November 2020, serta Negeri Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga dilanjutkan PKPB sehingga 9 November 2020.
Adakah hanya 3 negeri yang tidak dilaksankan PKPB akan membuka sekolah seperti biasa atau sebaliknya?
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat perbincangan dan telah mengambil semua pendapat daripada mereka yang lebih ahli akan masalah pandemik ini, maka pihak KPM akan melaksanakan penutup sekolah seluruh di negeri-negeri yang terlibat termasuklah kolej vokasional bermula pada 9 November 2020.
Penutupan sekolah ini BUKAN tamat setelah PKPB berakhir, TETAPI penutupan Sekolah ini sehingga hari terakhir para pelajar perlu berada di sekolah iaitu pada 17 Disember 2020 bagi kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi kumpulan B.
Manakala, bagi Sekolah di Negeri Kelantan, Perlis, Pahang dan Sarawak juga akan turut ditutup bermula 9 November 2020 sehingga tarikh akhir persekolahan sama seperti Negeri yang melaksanakan PKPB. Penutupan sekolah ini bagi membantu pihak kerajaan untuk memutuskan rantaian virus COVID -19 di Malaysia ini.
Walaupun takwin persekolahan sudah berubah TETAPI Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) tetap diteruskan seperti permulaan PKP dahulu iaitu P&P secara atas talian. Atau kini dikenali sebagai “Home based Learning”, ianya mengikut kesesuaian guru dan murid.
“PERINGATAN buat para guru, anda perlu berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan pentadbiran sekolah perlu memerhatikan guru dan murid melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ini”.
Bagi pelajar yang berada di asrama pula, ibu bapa perlu datang mengambil anak-anak untuk pulang ke rumah masing-masing. Walaubagaimana sekali pun, murid BOLEH terus kekal di asrama sementara menunggu untuk diambil oleh ibu bapa atau penjaga. Sepanjang tempoh tersebut murid akan berada di bawah PENGAWASAN warden asrama. Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.
Adakah sesi persekolahan akan bermula seperti mana yang di istiharkan sebelum ini?
Takwin Penggal dan cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan sebelum ini masih digunakan. Seperti yang diumumkan sebelum ini penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021.
Pada 20 Januari 2021:-
- Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dan BUKAN secara atas talian lagi pada tarikh tersebut.
- Sekolah Menegah (Tingkatan 1, 4,5 & 6 dan semua Kolej Vokasional) akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut
- Manakala, murid Tingkatan 2 & 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama TETAPI secara “Home based Learning” mengikut kesesuaian guru dan murid.
PERHATIAN!!!
Menerusi sidang media KPM calon yang menduduki Peperiksaan SPM /SVM/ STAM 2020 tarikh peperiksaan akan DILANJUTKAN lagi pada 22 Febuari 2021. Manakala bagi pelajar STPM peperiksaan akan bermula pada 8 Mac 2021.
Tarikh peperiksaan sudah dilanjutkan TETAPI calon masih belum mampu untuk menghabis semua sylabus dan belum bersedia untuk menduduki peperiksan. Justeru itu, pihak KPM telah bersetuju untuk menyambung Pengajaran & Pembelajaran (P&P) secara bersemuka pada 20 Januari 2021.
KPM sangat berharap segala usaha dan peluang yang disediakan kepada calon SPM 2020 dapat membantu mereka mendapat sedikit manfaat sebelum mereka melangkah masuk ke dewan peperiksaan.
Selain daripada calon peperiksaan SPM/ SVM/ STAM, pihak KPM juga mengambil berat akan nasib pelajar Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang terkesan akan masalah pandemik ini. Justeru itu, pihak KPM telah sebulat suara membenarkan pelajar Matrikulasi dan IPG untuk meneruskan pembelajaran secara atas talian sepenuhnya dan melakukan ulangkaji kendiri sehingga 31 Disember 2020
“Pelajar Kolej Matrikulais akan KEMBALI KE KOLEJ dan meneruskan sesi pembelajaran pada 4 Januari 2021″
Tahun 2020 merupakan satu tahun sejarah buat MALAYSIA kerana tahun ini merupakan satu tahun di mana sekolah hanya dibuka KURANG daripada 4 bulan SAHAJA. Manakala, P&P dilakukan sepenuhnya di atas talian. Justeru itu, pasti banyak rintangan yang dihadapi oleh para pendidikan bagi memastikan pelajar mendapat ilmu yang mencukupi. Jadi, sebagai pelajar mahupun ibu bapa hargailah para pendidikan yang banyak berfikir agar para pelajar mendapat pendidikan yang sempurna walaupun pada musim pandemik seperti ini.
Ingatlah “guru umpama lilin yang sentiasa membakar diri”
2) Kementerian Pendidikan Malaysia