Penyalahgunaan Bantuan Kewangan di kalangan Pelajar

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Penyalahgunaan Bantuan Kewangan di kalangan Pelajar.

Baucar buku RM250, bantuan sekolah RM100 dan lain-lain bantuan yang diberikan kerajaan adalah untuk manfaat para pelajar. Namun, mungkin hanya 60-70% sahaja pelajar (pelajar sekolah atau universiti) yang benar-benar memanfaatkan bantuan yang diberikan. Sebahagian lagi hanya menjadikan wang yang diberi untuk menambah gaya hidup masing-masing.

Apabila terdengar akan bantuan kewangan bakal dihulur, maka ada yang meluahkan:

“Dapat baucar buku, bolehlah beli henpon baru” atau

“Dapat baucar buku nanti nak beli komik la”. Tak kurang juga:

“Nanti nak jual la baucar buku tu kat budak kolej lain”.

Info Tambahan :  Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023

Mungkin bagi mereka ini mereka tidak memerlukan bantuan dan tidak pandai mengambil faedah dari bantuan. Sama juga halnya dengan wang biasiswa atau pinjaman. Kebanyakan pelajar akan lebih mendahulukan keperluan yang tidak perlu, kerana itulah ramai yang bertukar telefon bimbit baru setiap semester. Keluar bercuti ke tempat-tempat yang mahal setiap kali cuti. Semua ini ternyata pembaziran yang dilakukan oleh para pelajar.

Hanya sebilangan pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan sepatutnya diberikan bantuan sebegini. Kita harus sedar, ramai lagi pelajar yang ketinggalan kerana ketidakmampuan. Oleh itu, pelajar-pelajar yang diberi peluang dan mempunyai peluang seharusnya mempersiapkan diri masing-masing dengan lebih tekun dan bukan menyalahgunakan wang bantuan yang diberi.

Info Tambahan :  Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023

images

Leave a Reply