Satu berita yang agak mengejutkan apabila Menteri Pendidikan sendiri yang mengumumkan bahawa peperiksaan untuk darjah 1, 2 dan 3 dimansuhkan dan bakal diganti dengan pentaksiran baru yang lebih objektif.
Hasrat saya adalah untuk menggantikan budaya peperiksaan dan mentaliti “exam-oriented” di sekolah kepada pentaksiran yang “learning-centered”.
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menyokong. Banyak perubahan yang akan berlaku pada tahun 2019 nanti yang akan diumumkan secara berperingkat.
Saya dan Pihak Kementerian akan bekerja lebih keras untuk memastikan perubahan berlaku dan pendidikan negara kita ditambah baik.
Perlaksanaan pentaksiran tahap 1
Tahap 1 adalah terdiri dari darjah 1, 2 dan 3 akan terlibat apabila perlaksanaan kelak iaitu bermula tahun 2019. Langkah yang diambil kerajaan ini adalah bagi mengelakkan penilaian berorientasikan peperiksaan dan menggalakkan pendidikan pelbagai untuk pelajar sekolah.
Pengumuman ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan guru. Ada pendapat menyokong dan ada jugfa menolak usul yang diberi.