Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 Sesi Kedua

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

SPM 2020

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sesi kedua bakal dilaksanakan. Ianya bertujuan untuk memberikan ruang kepada pelajar yang positif COVID -19 atau yang perlu KUARANTIN WAJIB kerana merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID -19 ini. Justeru itu, pelajar-pelajar ini terhalang daripada menduduki peperiksaan.

Walaubagaimana sekalipun, ibu bapa TIDAK perlu berasa risau lagi kerana anak anda juga akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ini. Tarikh perlaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sesi kedua akan bermula pada 6 APRIL 2021 sehingga 23 APRIL 2021.

“TIDAK perlu berasa gementar untuk menduduki peperiksaan ini kerana sesungguhnya peperiksaan ini hanyalah kunci untuk mendapatkan bidang yang DIINGINI”

Peperiksaan ini bertujuan memberi laluan kepada pelajar yang TIDAK menduduki peperiksaan pada 22 FEBRUARI 2021 sehingga 25 MAC 2021 untuk menduduki peperiksaan SPM bagi sesi kedua ini. 

TAHUKAH ANDA!!!

Seramai 2,969 orang calon SPM 2020 TIDAK dapat menduduki peperiksaan. Calon-calon ini akan menduduki peperiksaan di 197 buah pusat peperiksaan di seluruh Negara.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 Sesi Kedua

SPM 2020

Lembaga Peperiksaan Malaysia ingin mengingatkan calon yang terlibat untuk merujuk:-

  • Jadual Waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai:-
    • Tarikh
    • Masa
    • Kod
    • Kertas peperiksaan
    • Serta arahan yang perlu dipatuhi semasa menduduki peperiksaan 
Info Tambahan :  Program Transformasi Belia Ternak Permohonan Februari 2023

Jadual waktu peperiksaan SPM 2020 sesi kedua ini boleh dimuat naik menerusi laman web Rasmi Lembaga Peperiksaan 

“JANGAN pernah mengalah untuk melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi kerana setiap kejayaan akan di susuli dengan kepayahan”

PERINGATAN kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) 2020 sesi kedua ini. Anda HARUSLAH membawa DUA dokumen PENTING ini, antara dokumen penting tersebut adalah:-

  • Membawa dokumen Pengenalan Diri
  • Penyata Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan

Selain daripada dua dokumen penting ini, calon juga DINASIHATI untuk mematuhi garis panduan pengurusan pentaksiran pusat dan peperiksaan awam. Garis panduan ini terkandung di dalam garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah dalam Norma Baharu 2.0. Garis panduan ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan.

SPM BUKANLAH stau pengakhiran tetapi merupakan satu permulaan kehidpuan yang sebenar. Justeru itu, JANGAN ragu-ragu untuk berjaya tetapi ragu-ragulah untuk menjadi gagal. Hal ini disebabakan ayat “GAGAL” hanya sesuai buat mereka yang gagal.

Pengendalian Peperiksaan SPM Tahun 2020 dalam Norma Baharu

Terdapat beberapa garis panduan yang pelru di ikuti menerusi garis panduan peperiksaan Norma Baharu tahun 2020 ini. AMATLAH DINASIHATKAN agar ibu bapa, para guru serta calon mematuhi setiap satu garis panduan yang disediakan.

Info Tambahan :  E-Sukan dan Hiburan: Kursus dan Peluang Perniagaan 2023

SPM 2020


Antara pengendalian Peperiksaan SPM Tahun 2020 dalam Norma Baharu adalah seperti berikut:-

1) Calon peperiksaan perlu memastikan bahawa mereka sihat dan TIDAK bergejala seperti:-

  • Demam
  • Batuk
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Sesak nafas

Justeru itu, sebelum menduduki peperiksaan mereka WAJIB mengisi borang deklarasi saringan COVID -19 basgi mengistiharkan status kesihatan mereka.

2) Ibu bapa perlu sentiasa memantau tahap kesihatan anak mereka dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya anak mereka menunjukan sebarang gejala

3) Calon WAJIB:-

  • Memakai pelitup muka
  • Kerap mencuci tangan atau mensanitasi tangan
  • Tidak berkongsi peralatan atau alat tulis dengan calon lain
  • Mematuhi penjarakan sosial

Setiap amalan ini WAJIB dipatuhi sebelum, dan selepas menduduki peperiksaan. Pada masa yang sama, arahan ini juga bersesuaian dengan seluruh rakyat Malaysia kerana amalan ini sudah diamalkan selama setahun lebih.

Pihak KKM akan sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar dari semasa ke semasa. Jsuteru itu, semua pihak perlu jujur dalam menyediakan jawapan dalam setiap pertanyaan yang atau soalan yang diberikan.

***SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM BUAT CALON YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN PADA HARI INI***

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top