Kebanyakan anda yang berkerja pastinya menanti hari yang paling ditunggu-tunggu iaitu kemasukan gaji. Sama ada gaji anda dimasukkan ke dalam akaun bank atau diberi secara terus oleh majikan anda. Kebanyakan pekerja sektor kerajaan akan mendapat gaji di akhir bulan sementara pekerja sektor swasta akan memperoleh gaji pada pertengahan bulan.
Namun begitu, ada juga yang di sebaliknya. Secara ringkasnya, pendapatan yang diperoleh iaitu gaji membawa maksud ganjaran yang dibayar kepada buruh atau pekerja atas sumbangan tenaga fizikal dan mental.


Gaji terbahagi kepada beberapa bahagian. Definisi ini amat penting untuk anda ketahui agar tidak keliru sewaktu ingin memohon pinjaman peribadi, pinjaman perumahan mahupun pinjaman kereta. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok? Berikut penerangan bagi memudahkan pemahaman anda.
Gaji Pokok
- Gaji tetap yang diberi dan TIDAK termasuk elaun
Gaji Kasar
- Gaji Pokok + Elaun (Elaun Sara Hidup, Elaun Perumahan dan sebagainya)
- TANPA ditolak sebarang potongan
Gaji Bersih
- Gaji berserta elaun yang telah ditolak beberapa potongan seperti cukai dan sebagainya.
- (Gaji Pokok + Elaun) – Potongan
Gambar di atas dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada anda.
Baiklah! Saya kira anda maklum dan faham akan perbezaan setiap gaji yang dinyatakan. Moga anda diberi pencerahan yang jelas berkaitannya. Namun begitu, terdapat persoalan saya yang seterusnya. Adakah anda telah membuat simpanan daripada gaji yang telah anda peroleh? Sekiranya ya, syabas! Sekiranya tidak? Apa yang perlu dilakukan? Bagaimana mahu menyimpan? Rata-rata setiap pekerja tidak mempunyai simpanan wang dan lebih parah lagi ada juga yang tidak pernah melakukan sebarang simpanan. Jangan begitu. Simpanan sebenarnya boleh membantu kita pada masa akan datang. Hasilnya akan terbukti apabila anda membuat simpanan dengan konsisten. Terdapat beberapa tips bagi membantu anda agar menyimpan dengan baik! Insya Allah!
Tips 1 – Simpan Kemudian Belanja
Simpan dahulu jumlah yang ingin anda simpan. Setelah itu, barulah anda berbelanja dengan baki yang masih ada. Hal ini dapat mengelakkan anda daripada menggunakan keseluruhan gaji yang sudah diperoleh.
Tips 2 – Side Income
Selain mendapat gaji daripada perkerjaan yang anda lakukan, apa kata anda buat side income. Sebagai contoh, anda boleh menjadi dropshipper untuk perniagaan online. Hari ini rata-rata pekerja membuat pekerjaan lebih daripada satu bagi mendapatkan wang lebih. Tidak bergantung pada gaji semata-mata. Malah, peniaga online pada hari ini semakin berjaya dan terus maju. Ada juga yang membuat side income sehingga wang diperoleh melebihi gaji mereka sewaktu bekerja.
Tips 3 – Rekod Perbelanjaan Harian
Perkara penting yang selalu dipandang remeh! Anda perlu mencatat setiap perbelanjaan harian anda. Hal ini agar memudahkan anda bagi mengetahui keluar masuk wang yang telah anda belanjakan. Oleh itu, anda dapat memastikan berapa jumlah wang yang telah anda gunakan dalam sehari. Anda dapat mengenalpasti keperluan serta kemahuan apabila rekod perbelanjaan dilakukan setiap hari.
Tips 4 – Kecil Menjadi Rutin
Simpanan tidak semestinya bermula dengan jumlah yang besar. Anda juga boleh menyimpan dalam amaun yang kecil. Perkara ini bagi memberi galakan dan rutin kepada anda agar terbiasa menyimpan. Setelah itu, anda boleh menyimpan dengan jumlah yang besar mengikut kemampuan.
Tips 5 – Aktifkan Positif Mindset
Positif! Positif! Positif! Walaupun dengan menyimpan anda perlu berfikiran positif. Mindset yang ditanam akan mempengaruhi anda. Setiap perkara yang anda lakukan perlu positif. Sekiranya anda percaya anda mampu menyimpan, sememangnya ada boleh! Teruskan mindset positif dalam semua perkara.
Semoga tips yang diberi dapat membantu anda agar menyimpan dengan bijak!
mohon share ya
ok..semoga bermanfaat
Pingback: Maksud Gaji Asas, Gaji Kasar dan Gaji Bersih 2020