Perbezaan Ijazah ( Kepujian ) dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Gambar Hiasan

Pernahkah kita lihat perkataan kepujian ( Hons ) semasa ingin memohon universiti atau melihat sekeping ijazah? Perkataan “ Kepujian “ ditulis bersama dengan kursus yang diambil contohnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. Menjadi tanda tanya, ada juga permohonan universiti atau transkrip ijazah yang tidak tertulis kepujian contohya Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Mungkin ia menimbulkan persoalan, apa beza ada perkataan kepujian dengan tidak ada kepujian?

salam , saya keliru mengenai dua benda ni . apa beza antara ijazah sarjana muda dengan kepujian dan ijazah sarjana muda sahaja ? adakah title ” kepujian ” tu bagi kesan apa-2 di alam pekerjaan nanti ? terima kasih

Menjawab kepada pertanyaan pelawat kami bekenaan persoalan ini, kami terbitkan disini bagi membantu serta menjadikan informasi ini lebih terbuka kepada umum untuk membincangkannya. Sebelum itu, perkataan kepujian itu sebenarnya bukanlah kepada sesetengah kursus sahaja. Perkataan kepujian itu boleh diberikan kepada mana-mana kursus Ijazah yang diambil tidak kira ia sains, sastera, kejuruteraan atau kemanusiaan. Masalah disini, kadangkala kita melihat perkataan kepujian itu ditulis dan kadangkala tidak ditulis. Apa beza perkataan kepujian itu? Adakah ia mempengaruhi pekerjaan?

Kami cuba bertanya kepada ilmuan dan beberapa individu, jawapan mereka adalah seakan sama dan kadangkala agak samar. Kami juga ada bertanyakan hal ini kepada admin xpresi dan jawapanya juga sama.

Untuk tidak mengecewakan pelawat yang bertanya, dapat kami bantu dengan memberikan istilah kepujian itu mengikut sistem pendidikan tinggi luar Negara.

Di Australia kepujian itu diberikan kepada pengajian yang mempunyai kajian di akhir pengajian dan ia juga bergantung pada pencapaian pelajar tersebut secara berterusan semasa tahun ke 2-3. Pelajar juga perlu membuat thesis  dan menerbitkannya. Oleh demikian, kepujian itu diberikan kepada pelajar yang cemerlang sahaja dalam kursus yang diambil.

Untuk di United Kingdom UK, kepujian itu membezakan kelulusan professional/ ijazah khas dan ijazah biasa. Untuk mendapatkan kepujian perlulah cemerlang paling kurang CGPA 2.00 ( Kelas kedua ) semasa menamatkan pengajian. Selain itu, kajian juga perlu dilakukan semasa tahun akhir pelajar bekenaan.

Untuk di Malaysia ini, kami tidak dapat memberikan ketetapan atau penerangan yang lebih baik kerana apa yang telah berlaku kini agak mengelirukan ( kelemahan kami ) berbanding penggunaan “ Kepujian “ itu sebelum tahun 90an. Jika dahulu, pemberian kepujian adalah bagi Ijazah yang berkualiti iaitu mendapat keputusan akhir yang baik ( kelas pertama ) untuk mendapatkan taraf Kepujian itu.

Kesimpulan : Kami mohon maaf kerana tidak berupaya membantu dalam persoalan ini, namun demikian dapatlah dibuat kesimpulan pemberian kepujian ini adalah bagi kursus yang mempunyai kajian ( thesis ) semasa tempoh pengajian dan juga memerlukan keputusan CGPA yang baik. Cadangan kami, sebelum memilih pengajian adalah lebih baik jika memilih kursus yang mempunyai tawaran kepujian. Jika ditanya yang mana lebih diberi keutamaan dalam memohon kerja? Kami pasti anda tahu jawapannya.

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
2 years ago

[…] yang mana lebih mudah sambung belajar ijazah. Ada banyak hujah berkaitan kursus persediaan ijazah pertama ini, sebenarnya bukan sahaja asasi dan Matrikulasi sahaja untuk kursus persediaan ijazah ini. Ada […]

manov
manov
Guest
3 years ago

ijazah yang ada kepujian tempoh belajar adalah 4 tahun, di tahun akhir ada kajian.
ijazah yang tiada kepujian tempoh belajar adalah 3 tahun sahaja dan tiada kajian.

Muhammad Azizi
Muhammad Azizi
Guest
5 years ago

Salam, pada pemahaman sy, tak tau la betul ke tak.. kalau ade diploma dan sambung amik ijazah, ade kepujian. contohnya kalau pelajar diploma perakaunan, sambung Ijazah sarjana muda perakaunan (kepujian). tapi kalau dari stpm atau matrikulasi, amik ijazah, jd Ijazah sarjana muda perakaunan. mungkin la..sbb mcm penah dengar org ckp tp saya xde sumber nk tunjuk..hehe..

Anon
Anon
Guest
Reply to  Muhammad Azizi
4 years ago

Maaf ye saudara.. tak semestinya lepasan stpm atau matrik, jika sambung ijazah xde kepujian. Sbb sy sambung ijazah selepas stpm.. msh ada ijazah dgn kepujian. Jika sy slh fhm, maafkan sy.

fiziesss
Admin
Reply to  Anon
4 years ago

iya ..betul tu anon. Sy sendiri ijazah kepujian dengan lepasan STPM

Izatisalleh
Izatisalleh
Guest
6 years ago

Assalamualaikum maaf bertanya.bukan ke kepujian tu adalah program temuduga?

QStaff1
Editor
Reply to  Izatisalleh
6 years ago

Waalaikumussalam, saya rasa tak, mungkin kebetulan ia bertemuduga. kebanyakan kursus ijazah sekarang ada kepujian.

Ana
Ana
Guest
6 years ago

Salam sejahtera,

Setelah saya baca entri ini, saya menjadi ragu-ragu utk menerima tawaran ke ipta yang telah saya dapat. Ini kerana program yg ditawarkan kepada sy tidak mempunyai kepujian. Pada pendapat tuan, adakah sy patut memohon pada ipta lain yg mpunyai program beserta kepujian?

fiziesss
Admin
Reply to  Ana
6 years ago

Salam sejahtera.. kebanyakan taearan sekarang ini banyak yang mempunyai kepujian..mungkin pihak universiti tidak update atau ada sedikit kesilapan. Sebaiknya cuba dapatkan pengesahan kepujian itu dari pihak universiti.

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x