Perbezaan Matrikulasi Sains dan Matrikulasi Teknikal

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Salah satu matrikulasi di Kedah
Salah satu matrikulasi di Kedah

Matrikulasi menawarkan beberapa aliran untuk pelajarnya, antara yang popular ialah aliran matrikulasi sains,  matrikulasi teknikal dan perakaunan. Apakah perbezaan ksemua aliran matrikulasi ini? Untuk kali ini, sedikit informasi perbezaan aliran matrikulasi sains dan matrikulasi teknikal mungkin membantu dalam membuat perancangan pemilihan aliran matrikulasi anda.

Aliran Matrikulasi Sains

Aliran ini mempunyai 2 pecahan yang lebih dikenali sebagai sains hayat dan sains fizikal, secara umum sains hayat lebih kepada pembelajaran kearah pecahan biologi dan fizikal adalah kearah pecahan fizik. Subjek matematik  lebih mendalam juga akan anda pelajari dalam aliran sains ini.

Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

Untuk subjek aliran sains kebiasaanya mengikut modul-modul tertentu :

MODUL 1

(Dikira pointer)

  • BIOLOGY
  • PHYSICS
  • CHEMISTRY
  • MATHEMATICS

(Tidak termasuk)

  • KOKURIKULUM
  • AGAMA ISLAM
  • MORAL
  • ENGLISH LANGUAGE

MODUL 2

( Dikira Pointer )

  • PHYSICS
  • CHEMISTRY
  • SCIENCE COMPUTER
  • MATHEMATICS

(Tidak termasuk)

  • KOKURIKULUM
  • KEMAHIRAN DINAMIKA
  • ENGLISH LANGUAGE

MODUL 3

( Dikira Pointer )

  • BIOLOGY
  • CHEMISTRY
  • SCIENCE COMPUTER
  • MATHEMATICS

(Tidak termasuk)

  • KOKURIKULUM
  • AGAMA ISLAM
  • MORAL
  • ENGLISH LANGUAGE

Aliran Matrikulasi Teknikal

Aliran teknikal ini lebih kepada bidang kemahiran kejuruteraan dan pembelajaran berkaitan fizik. Malaysia mempunyai 3 matrikulasi teknikal iaitu di Kedah, Johor dan Pahang. Kebanyakan pelajar yang diterima masuk adalah mempunyai latarbelakang pendidikan berunsur kemahiran seperti sekolah teknik, namun demikian pelajar sekolah harian biasa juga diterima berdasarkan syarat dan pengambilan semasa.

  • Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Info Tambahan :  Tingkatan Enam 2023: Permohonan Kemasukan dan Semakan Tawaran 2023

Matrikulasi teknikal tidak menawarkan modul seperti matrikulasi sains, pilihan disediakan untuk subjek kejuruteraan seperti :

  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam

Subjek lain yang perlu diambil semasa pengajian termasuk :

  • Matematik
  • Kimia Kejuruteraan
  • Fizik Kejuruteraan

Matrikulasi aliran teknikal ini menekankan pengkhususan dalam bidang yang diambil, oleh demikian pilihan untuk ke ijazah Sarjana muda adalah sedikit terhad. Namun demikian , pastinya lebih mudah diterima dan diutamakan mengikuti pengajian yang dipohon mengikut aliran dan pengkhususan.

32 thoughts on “Perbezaan Matrikulasi Sains dan Matrikulasi Teknikal

  1. hi, bolehkah sambung degree dalam kursus software engineering/computer science selepas belajar matrikulasi teknikal?

  2. anak saya dapat ke matrikulasi sains… tapi dia berminat ke engineering. selesai matrik bole ke mintak aliran mekanikal engineering?

  3. Sy dpt matrikulasi kejuruteraan…tp sy nk tukar kpd jurusan sains.Apa yang perlu saya buat?

    1. Kebiasannya tidak boleh menukar jurusan. namun demikian anda boleh bertanya pihak pentadbir matrikulasi semasa untuk budi bicara mereka sekiranya ada kekosongan.

  4. assalam saya nak tanya boleh ke pelajar sains teknikal ( tidak mengambil biologi ) mengambil jurusan sains ? dan kalau lepasan matriks teknikal boleh ke mohon untuk course chemical engineering untuk peringkat sarjana ?

  5. hai..anak saya dpt modul 3…Adalah boleh Masuk bidang kedoktoran.. bila tamat belajar nanti…terima Kasih.

  6. kalau nak amik degree in engineering seperti mechatronics patut ambil aliran sains atau teknikal? saya pelajar sains tulen tapi kurang minat biology and chemist, so can i ask for your opinion? btw saya dah dapat keputusan matriks saya dapat sains tapi kalau saya nak tukar teknikal boleh ke? if i do can change it, how should i do it? tq 🙂

    1. aliran sains kna ambil sains fizikal, aliran teknikal pun boleh mekatronik. Utk urusan tukar tu boleh tanya pihak matrik yg ditetapkan. bergantung pada ketetapan mereka.

  7. Salam, saya mohon juruasan akaun walaupun saya kelas science stream tapi bolehkah saya tukar ke jurusan sains?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *