Matrikulasi menawarkan beberapa aliran untuk pelajarnya, antara yang popular ialah aliran matrikulasi sains, matrikulasi teknikal dan perakaunan. Apakah perbezaan ksemua aliran matrikulasi ini? Untuk kali ini, sedikit informasi perbezaan aliran matrikulasi sains dan matrikulasi teknikal mungkin membantu dalam membuat perancangan pemilihan aliran matrikulasi anda.
Aliran Matrikulasi Sains
Aliran ini mempunyai 2 pecahan yang lebih dikenali sebagai sains hayat dan sains fizikal, secara umum sains hayat lebih kepada pembelajaran kearah pecahan biologi dan fizikal adalah kearah pecahan fizik. Subjek matematik lebih mendalam juga akan anda pelajari dalam aliran sains ini.
Untuk subjek aliran sains kebiasaanya mengikut modul-modul tertentu :
MODUL 1
(Dikira pointer)
- BIOLOGY
- PHYSICS
- CHEMISTRY
- MATHEMATICS
(Tidak termasuk)
- KOKURIKULUM
- AGAMA ISLAM
- MORAL
- ENGLISH LANGUAGE
MODUL 2
( Dikira Pointer )
- PHYSICS
- CHEMISTRY
- SCIENCE COMPUTER
- MATHEMATICS
(Tidak termasuk)
- KOKURIKULUM
- KEMAHIRAN DINAMIKA
- ENGLISH LANGUAGE
MODUL 3
( Dikira Pointer )
- BIOLOGY
- CHEMISTRY
- SCIENCE COMPUTER
- MATHEMATICS
(Tidak termasuk)
- KOKURIKULUM
- AGAMA ISLAM
- MORAL
- ENGLISH LANGUAGE
Aliran Matrikulasi Teknikal
Aliran teknikal ini lebih kepada bidang kemahiran kejuruteraan dan pembelajaran berkaitan fizik. Malaysia mempunyai 3 matrikulasi teknikal iaitu di Kedah, Johor dan Pahang. Kebanyakan pelajar yang diterima masuk adalah mempunyai latarbelakang pendidikan berunsur kemahiran seperti sekolah teknik, namun demikian pelajar sekolah harian biasa juga diterima berdasarkan syarat dan pengambilan semasa.
- Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
- Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
- Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Matrikulasi teknikal tidak menawarkan modul seperti matrikulasi sains, pilihan disediakan untuk subjek kejuruteraan seperti :
- Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Awam
Subjek lain yang perlu diambil semasa pengajian termasuk :
- Matematik
- Kimia Kejuruteraan
- Fizik Kejuruteraan
Matrikulasi aliran teknikal ini menekankan pengkhususan dalam bidang yang diambil, oleh demikian pilihan untuk ke ijazah Sarjana muda adalah sedikit terhad. Namun demikian , pastinya lebih mudah diterima dan diutamakan mengikuti pengajian yang dipohon mengikut aliran dan pengkhususan.
32 thoughts on “Perbezaan Matrikulasi Sains dan Matrikulasi Teknikal”
assalam , boleh ke sambung degree in petroleum engineering lepas belajar matrikulasi teknikal
Modul II memang tiada agama islam ke tuan?
hi, bolehkah sambung degree dalam kursus software engineering/computer science selepas belajar matrikulasi teknikal?
Hi, jika kat sana ada ambil fizik kebiasannya boleh..
CUba semak subjek yg ada disana dan juga rujuk panduan UPU semasa untuk kelayakan software enginering.. jika tak ada masalah ia boleh..
anak saya dapat ke matrikulasi sains… tapi dia berminat ke engineering. selesai matrik bole ke mintak aliran mekanikal engineering?
Boleh, di matrikulasi sains ambil kearah bidang fizikal.. nanti layak utk ke ijazah kejuruteraan.
Sy dpt matrikulasi kejuruteraan…tp sy nk tukar kpd jurusan sains.Apa yang perlu saya buat?
Kebiasannya tidak boleh menukar jurusan. namun demikian anda boleh bertanya pihak pentadbir matrikulasi semasa untuk budi bicara mereka sekiranya ada kekosongan.
hi… if i wanna be architecture, which science stream should i choose? 1 or 2 ?
hi, can u dm me? i aslo want to be an architecture, i need your opinion
assalam saya nak tanya boleh ke pelajar sains teknikal ( tidak mengambil biologi ) mengambil jurusan sains ? dan kalau lepasan matriks teknikal boleh ke mohon untuk course chemical engineering untuk peringkat sarjana ?
Assalam,macam mana dia bagi pilihan modul untuk aliran sains? mereka tetapkan atau pilihan sendiri?
hai..anak saya dpt modul 3…Adalah boleh Masuk bidang kedoktoran.. bila tamat belajar nanti…terima Kasih.
Boleh tak nak tanye.. Dalam aliran sains yg modul 2 tu semua subjek belajar dalam eng ke ???
Tak semua, tapi boleh dikatakan sumber rujukan memang bahasa inggeris
kalau nak amik degree in engineering seperti mechatronics patut ambil aliran sains atau teknikal? saya pelajar sains tulen tapi kurang minat biology and chemist, so can i ask for your opinion? btw saya dah dapat keputusan matriks saya dapat sains tapi kalau saya nak tukar teknikal boleh ke? if i do can change it, how should i do it? tq 🙂
aliran sains kna ambil sains fizikal, aliran teknikal pun boleh mekatronik. Utk urusan tukar tu boleh tanya pihak matrik yg ditetapkan. bergantung pada ketetapan mereka.
Salam, saya mohon juruasan akaun walaupun saya kelas science stream tapi bolehkah saya tukar ke jurusan sains?
Perlu ade LK ke untuk amek matriks teknikal nie?
Boleh semak syarat kelayakan seperti yg kami tunjukkan sini https://www.xpresi.org/video-bagaimana-mudah-semak-syarat-kelayakan-upu/
Adakah pelajar sains tulen boleh ambil sains komputer?
Boleh, tetapi kna ada subjek yg diperlukan kursus.. CTH fizik , add math, math
Adakah addmath diperlukan untuk memasuki matrikulasi kerana saya adalah pelajar Sains Sosial?
JIka ikut syarat ke matrik sains ia diperlukan
Kalau xnk amik kimia di matrik teknikal bole x
Adakah pelajar aliran sains tulen layak masuk matrikulasi teknikal?
Sains tulen ada mengambil subjek yang berkaitan teknikal, kebanyakan pelajar sains layak untuk mengambil matrikulasi teknikal.
Kiranya fizik dan kimia dikira subjek teknikal lah. Begitu ke?
Tidak juga..cuma nak masuk matrik teknikal, fizik n kimia melayakkan utk ambil teknikal juga.
very good information to students and parents
Thank you