Perbezaan Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Ketika permohonan UPU, 2 jenis politeknik akan anda jumpa iaitu Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional / METrO. Kedua institusi ini ada perbezaanya dan ada juga persamaanya. Keduanya adalah institusi pendidikan berorentasikan kemahiran dan apa yang membezakannya adalah tahap pengajian dan setanding dengan Universiti Awam.

Politeknik Premier
Politeknik Premier

Politeknik Premier

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan Universiti Awam. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Tiga (3) Politeknik Premier adalah:

  • Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
  • Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

Politeknik Konvensional

Politeknik Konvensional pula adalah 25 buah politeknik selain Politeknik Premier seperti berikut :

  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah, Kedah
  • Politeknik Kota Bharu, Kelantan
  • Politeknik Kuching, Sarawak
  • Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
  • Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Politeknik Melaka, Melaka
  • Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
  • Politeknik Merlimau, Melaka
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
  • Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  • Politeknik Muadzam Shah, Pahang
  • Politeknik Mukah, Sarawak
  • Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
  • Politeknik Jeli, Kelantan
  • Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Politeknik Banting, Selangor
  • Politeknik Mersing, Johor
  • Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sandakan, Sabah
  • Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor
Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

Politeknik METrO

Politeknik METrO adalah adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu. Lima (5) buah Politeknik METrO adalah :

  • Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
  • Politeknik METrO Kuantan, Pahang (PMKU)
  • Politeknik METrO Johor Bahru, Johor (PMJB)
  • Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMB)
  • Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG)

Penubuhan Politeknik

Pendidikan di Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985-1995).

Info Tambahan :  Industri Halal: 8 Universiti dan Kolej Tawaran

Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta menambah program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.

Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum Pengajian Tinggi (No. 198/2685/2010) dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik METrO dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10. – Sumber

One thought on “Perbezaan Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *