Perbezaan Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi Dan Diploma

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pada bulan Mac yang lalu, para pelajar lepasan SPM telah memperoleh keputusan peperiksaan masing-masing. Setelah mendapat keputusan, para pelajar akan mula dibelenggu persoalan mahu melanjutkan pelajaran ke mana selepas itu? Persoalan ini mungkin mudah bagi beberapa orang pelajar yang telah merancang perancangan awal, bagaimana pula yang masih dilema? Baiklah. Bagi membantu pelajar mengatasi dilema tersebut, di sini terdapat beberapa perbezaan antara pengajian tinggi sebelum membuat keputusan melanjutkan pelajaran selepas SPM. Semoga membantu!

Perbezaan Tingkatan 6
Perbezaan Tingkatan 6

Tingkatan 6

Tingkatan 6 atau dikenal sebagai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) merupakan salah satu fast track untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree). Pengambilan Tingkatan 6 adalah lebih mudah. Yuran kemasukan ke tingkatan 6 juga lebih murah berbanding institut yang lain. Terdapat dua jurusan yang ditawarkan dalam Tingkatan 6 iaitu jurusan Sains dan jurusan Kemanusiaan.

Sistem pembelajaran di STPM juga telah diubah bagi memudahkan para pelajar iaitu pembelajaran mengikut konsep semester seperti di universiti. Tempoh pengajian adalah selama satu tahun setengah iaitu tiga semester. Pelajar akan diuji dengan tajuk yang berbeza dalam setiap semester. Malah, sijil STPM juga sangat laku sekiranya pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Antara universiti luar negara yang menerima sijil STPM ialah Universiti of Cambridge di United Kingdom.

Namun begitu, masih ada pelajar yang menolak STPM kerana menganggap STPM berada di tahap yang rendah ataupun kemasukan ke STPM hanya layak untuk pelajar yang kurang cemerlang. Anggapan itu salah sama sekali. Pangkalnya, pelajar mestilah berusaha sebaik mungkin ketika berada di STPM. Sekiranya tidak peluang pelajar untuk masuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah sangat tipis.

Info Tambahan :  11 Panduan Terbaik Untuk Skor dalam Biasiswa

Matrikulasi

Program Matrikulasi dan Asasi juga merupakan fast track ke degree seperti STPM. Pelajar aliran Matrikulasi, Asasi dan STPM merupakan salah satu institut yang diberi keutamaan dalam kemasukan ke universiti.

Matrikulasi merupakan sebuah program pengajian yang berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) manakala Asasi pula berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Hanya pelajar bumiputera sahaja layak memohon ke kedua-dua institut tersebut. Pelajar yang mengambil keputusan bagi melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi atau Asasi akan diberi elaun setiap bulan oleh kerajaan dalam anggaran RM1250.

Tempoh pengajian di Matrikulasi dan Asasi adalah sama iaitu mengambil masa selama satu tahun (PST) atau dua tahun (PDT) mengikut program yang ditawarkan. Program dua tahun lebih tertumpu kepada pelajar aliran Sains di Matrikulasi.

Antara program yang ditawarkan di Matrikulasi ialah jurusan Sains Hayat, jurusan Sains Fizikal, jurusan Perakaunan dan aliran Teknikal. Jurusan Sains terbahagi kepada tiga modul. Sementara Asasi pula, program yang ditawarkan bergantung kepada universiti tersebut antara contoh kursus yang ditawarkan ialah Asasi Sains, Asasi Kejuruteraan, Asasi TESL dan Asasi Undang-undang.

Pelajar dikehendaki mendapatkan pointer 2.00 sekurang-kurangnya dan ke atas, sekiranya tidak pelajar perlu mengulangi kertas peperiksaan semula. Pelajar yang memasuki Matrikulasi tidak terikat dengan mana-mana universiti. Berlainan dengan Asasi, pelajar diberi peluang untuk meneruskan ijazah Sarjana Muda di universiti yang sama setelah tamat Asasi.

Info Tambahan :  Bekerja dari Rumah: Cara Menjadi Produktif

Diploma

Pelbagai bidang dan jurusan alam program peringkat Diploma ditawarkan di universiti. Tempoh pengajian selama 2 sehingga 3 tahun bergantung kepada jurusan yang diambil oleh setiap pelajar. Rata-rata universiti menawarkan program peringkat Diploma.

Yuran pengajian pula bergantung kepada jurusan yang diambil. Pelajar berpeluang membuat pinjaman atau biasiswa bagi menampung yuran yang dikehendaki oleh pihak universiti. Namun begitu untuk masuk ke peringkat Diploma, syarat kemasukan ke bidang yang ingin diceburi perlu disemak terlebih dahulu. Hal ini agar dapat mengelakkan pelajar mendapat jurusan yang tidak diminati atau sebaliknya.

Selain itu, pelajar lepasan Diploma boleh terus bekerja menggunakan sijil tersebut atau menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Namun begitu, pelajar Diploma perlu mendapatkan pointer yang baik iaitu sekurang-kurangnya 3.00 dan ke atas kerana persaingan yang sengit antara rakan-rakan Diploma yang lain.

Antara kelebihan menjadi pelajar Diploma ialah pelajar akan mendalami jurusan yang diceburi secara mendalam. Ini memudahkan pelajar tersebut apabila meneruskan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kerana penguasaan terhadap jurusan yang sama semakin padat dan jitu.

Oleh itu, pelajar dapat memahami jurusan yang sama dengan lebih baik. Suasana pembelajaran di peringkat Diploma lebih santai dan rileks. Namun begitu, pelajar masih perlu bersungguh-sungguh mendapatkan pointer yang baik di samping melakukan aktiviti dalam atau luar kampus yang kadang kala bercanggah dengan jadual belajar.

 

2 thoughts on “Perbezaan Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi Dan Diploma

  1. Assalamualaikum..nak tanye kalau kita dpt pointer below 2.0 during sem 1 ke 2 ke dkt matrik adakah kita akan kena kick ?

  2. Assalamualaikum 🙂
    Thanks for sharing. Just nak tanya, sekarang (2018) ade lagi tak dapat elaun tu untuk matrik atau asasi ? Thank you 🙂

Leave a Reply to nawa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *