Perbuatan Yang Melemahkan Fikiran

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Perbuatan Yang Melemahkan Fikiran 1
Melakukan perkara sama menjejaskan keupayaan minda

Tiap manusia sentiasa inginkan ingatan yang hebat dan tajam, ingatan yang hebat ini merupakan satu aset yang berharga terutama dalam menjadikan seseorang itu berjaya. Banyak perkara didunia ini memerlukan penggunaan ingatan dan fikiran yang baik supaya setiap perlakuan atau keputusan adalah tepat dan bersesuaian.

Kepentingan ini membuatkan ramai orang sanggup mengambil bahan sampingan serta ubat-ubatan demi menjadikan minda mereka menggunakan dengan semaksima yang mungkin. Mungkin banyak tips yang boleh digunakan untuk meningkatkan keupayaan fikiran seseorang itu, termasuk menggunakan makanan tambahan seperti vitamin, makanan kekacang, sayuran dan banyak lagi. Namun demikian ada perbuatan yang kadangkala kita selalu lakukan yang sedikit sebanyak membuatkan fikiran kita lemah.

Amalan membuat sesuatu perkara yang sama setiap hari menurut kajian mampu melemahkan fikiran seseorang itu. Aktiviti rutin setiap hari yang berturutan sehari-hari boleh membuatkan fikiran kita tidak menggunakan keupayaan sebenar serta maklumat serta informasinya tidak bertambah. Hal ini menyebabkan seseorang itu akan beransur lupa dan kurang informasi baru dalam pengetahuannya.

Mungkin anda memilih untuk hidup selesa dengan melakukan perkara sama setiap hari. Memilih jalan ini difikirkan lebih kurang risiko serta tidak meletihkan fikiran dan tenaga. Tetapi awas, kalau boleh janganlah sampai anda melemahkan fikiran anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *