RM500 secara percuma? Apa tunggu lagi! Mari mendaftar di bawah SSPN. Simpan RM500, anda akan memperoleh RM500 secara percuma oleh Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Pada tahun 2018, kerajaan telah menambah jumpah insentif demi kepentingan rakyat. Berbanding pada tahun 2017, pendeposit yang membuat simpanan untuk anak tahun 1 sebanyak RM50 akan diberi insentif percuma RM50. Kerajaan telah memaklumkan bahawa sebanyak 500,000 penerima manfaat berumur 7 hingga 12 tahun dalam SSPN disediakan peruntukan sebanyak RM250 juta dalam pembentangan Bajet 2018.
Ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan bersih sebanyak RM500 di dalam SSPN bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 untuk anak-anak yang berumur 7 hingga dua belas 12 tahun atau sedang belajar di sekolah rendah layak menerima deposit percuma bernilai RM500 (GS500) atau Insentif Khas Geran Sepadan. Dengan syarat, penerima manfaat hanya boleh mengeluarkan Insentif Khas Geran Sepadan setelah mencecah usia 18 tahun.
Insentif simpanan pendidikan ini dilakukan bagi memberi galakan kepada ibu bapa untuk memulakan dan meneruskan penabungan dan menabung secara konsisten. Bukan itu sahaja, pelajar juga boleh dibudayakan dengan menyimpan lebihan perbelanjaan harian yang diterima oleh ibu bapa sekaligus menggalakan penabungan dalam usia yang muda.


Ibu bapa yang ingin menabung dalam SSPN tidak perlu membuat permohonan sebaliknya ibu bapa perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan SSPN iaitu SSPN-i atau SSPN-i Plus. Ibu bapa layak menikmati insentif dengan menyimpan sekurang-kuranganya RM500 dalam tahun 2018.
Jangan tunggu lebih lama sebelum berakhirnya tahun 2018! Kunjungi kaunter PTPTN berdekatan atau dapatkan info kaunter PTPTN melalui beberapa cawangan PTPTN. Sebarang maklumat tambahan ibu bapa boleh menghungi Careline di talian 03-2193 3000.
Peluang yang ada ini sebaiknya diambil, namun demikian. Tawaran ini adalah dari belanjawan sebelum ini. Tempoh perlaksanaan adalah sehingga bulan 12 tahun ini. Kami tidak pasti ia diubah atau masih dikekalkan. Namun demikian, ia masih dikeluarkan maklumat ini di laman rasmi PTPTN ( Sumber ) . Ada baiknya anda ke cawangan PTPTN berdekatan untuk bertanya berkaitan tawaran ini. Jika ia masih diteruskan dan ianya adalah peluang yang perlu direbut. Jika ia ditamatkan sekurangnya anda telah mencuba untuk mendapat penjelasan berkaitan.