Perkara Menarik Mengenai Sistem Pendidikan Jepun

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Baru-baru ini menteri pendidikan Dr Maszlee telah memaklumkan untuk ke Jepun untuk meneliti sisitem pendidikan disana. Sistem pendidikan di Jepun sememangnya agak berbeza dengan negara ini. Ada banyak perkara yang boleh kita pelajari disana berkaitan cara pembelajaran dan perlaksanaan sistem pendidikan di Jepun. Apa yang penting segala yang baik seharusnya diambil teladan dan cuba di praktik di negara kita.

Perkara Menarik Mengenai Sistem Pendidikan Jepun 1

Perkara Menarik Mengenai Sistem Pendidikan Jepun 2

Sistem Pendidikan Jepun

Pendidikan Wajib

Pendidikan di Jepun adalah wajib untuk yang berumur 6-15 tahun, sembilan tahun pengajian adalah 6 tahun di peringkat sekolah rendah dan selebihnya 3 tahun adalah di menengah rendah.

Kepentingan adab dan akhlak

Pendidikan rendah adalah berteraskan adab dan akhlak, setiap pelajar akan belajar menjaga kebersihan dan menghormati orang yang lebih tua. Pelajar juga akan mengemas sendiri setiap persekitaran yang digunakan untuk belajar. Sikap ini boleh membentuk sikap orang yang berjaya dan rajin sejak dari kecil.

Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Guru dipandang mulia

Guru di Jepun adalah yang dihormati oleh masyarakat dan gaji guru di sekolah rendah kadangkala lebih tinggi berbanding pensyarah permulaan di peringkat universiti. Guru sekolah rendah adalah berijazah dan ada segelintir yang belum berijazah digalakkan untuk menyambung pengajian.

Kerjasama ibu bapa dan guru

Terdapat kerjasama yang baik antara guru, pihak sekolah dan ibu bapa pelajar. Kerjasama lebih ketara dengan kadangkala ada ibu bapa yang bersama anaknya dalam kelas tambahan dan turut sama membantu guru memberi tunjuk ajar.

Waktu rehat dan belajar

Untuk waktu rehat di Jepun, terdapat masa yang agak panjang antara setiap subjek. Di Jepun terdapat 10-20 minit rehat selepas 45 minit pengajaran. Cara ini tidak jauh beza dengan sistem pendidikan Finland dengan memperuntukkan 10-15 minit selepas setiap subjek. Mungkin inilah cara mereka memberi rehat yang cukup kepada pelajar sebelum memulakan sesi pembelajaran. Jika mengikut sistem pendidikan Finland rehat ini bertujuan memberi lebih masa kanak-kanak belajar ilmu sosial disamping berehat.

Info Tambahan :  BUDI Sabah 2023: Permohonan, Syarat dan Tunai

Waktu rehat makanan dan minuman pula disediakan oleh pelajar sendiri sekiranya sekolah peringkat menengah. Bagi sekolah rendah, terdapat pemabantu sekolah yang menyediakan makanan disamping dibantu oleh pelajar lain.

Pembahagian kelas

Di sekolah rendah, pelajar tidak dibahagi kelas mengikut pencapaian. Hal ini bagi lebih motivasi kepada pelajar dan mengelakkan layanan berbeza untuk setiap pelajar. Dalam kelas, ketua kelas adalah sentiasa bertukar. Setiap pelajar akan berpeluang menjadi ketua kelas sepanjang setahun mereka belajar.

Peperiksaan Akhir

Akhir sekali, di Jepun hanya ada 1 sahaja peperiksaan iaitu akhir sekolah menengah seperti SPM di Malaysia. Target pelajar telah dipupuk sebelum peperiksaan lagi dengan target dipilih sendiri oleh pelajar berdasarkan kelayakan memohon pengajian di mana-mana universiti pilihan pelajar itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *