Perkara yang perlu bila anak keluar rumah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apabila anak meningkat dewasa terutama remaja adalah agak sukar untuk mengawal pergerakan dan aktiviti yang hendak dilakukan. Remaja pada tahapnya akan lebih suka mencari hiburan dan lebih gemar untuk mendapatkan kebebasan. Namun demikian pergerakan remaja masih perlu diselidiki demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan anaknya. Ibu bapa perlu mengetahui beberapa perkara sebelum membenarkan anak keluar rumah.

Tempat nak tuju ?

Apabila anak hendak keluar rumah pertanyaan pertama yang penting ialah ke mana anak nak pergi. Hal ini kerana keluar dari rumah merupakan ancaman kepada anak sekiranya anak tersebut tersalah menuju tempat terutama tempat yang sunyi, kawasan yang bahaya, tempat maksiat dan sebagainya. Selain itu pertanyaan tempat ini secara tidak langsung membantu anak membuat keputusan kemana arah tuju sebelum keluar dari rumah.

Pergi sana nak buat apa?

Setiap perbuatan itu pasti ada sebab tertentu, kemahuan anak untuk pergi ke sesuatu tempat perlu diketahui kedua ibu bapa. Sebab atau alas an remaja adalah penting untuk ibu bapa membuat penilaian.

Nak pergi dengan siapa ?

Soalan ini adalah penting kerana ingin memastikan anak tidak pergi dengan orang yang dah ternyata berniat jahat ataupun keluar dengan berlainan jantina yang diragukan niatnya mengikut pengalaman ibu bapa.

Nak pergi dengan apa ?

Soalan ini juga penting kerana ibu bapa perlu berhati-hati jika anak keluar dengan kenderaan yang tidak selamat ataupun menaiki kenderaan awam yang tidak pasti jadualnya. Selain itu menaiki motosikal bersama jantina lain adalah tidak manis dipandang dan berdua-dua di dalam kereta terutama waktu malam adalah boleh meragukan.

Nanti nak balik pukul berapa ?

Waktu pulang juga perlu ditanya ibu bapa kerana jika soalan ini tidak ditanya remaja tidak mempunyai garis panduan berkenaan masa sehingga berlarutan sehingga larut malam.

Rakan yang turut serta untuk dihubungi ?
Perhubungan perlu terutama no telefon kawan yang bersama kerana sekiranya ada masalah tertentu ataupun pertanyaan khabar remaja tersebut mudah dihubungi. Langkah ini juga berguna sekiranya berlaku masalah terutama telefon anak yang rosak ataupun hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *