Perkhidmatan cemerlang

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Perkhidmatan cemerlang dapat dibuat apabila seseorang individu itu cukup dari segi keperluan fisiologi dan juga psikologinya. Berbeza dengan kecemerlangan individu yang masih berada di bawah tanggungan orang lain. Jika individu dewasa yang mempunyai banyak komitmen untuk diri sendiri dan juga orang lain serta kerjayanya dapat memberikan perkhidmatan cemerlang setelah dia merasa gembira dan seronok dengan tugas yang lakukan.

Tanpa keseronokan dalam melakukan kerjaya tersebut menyebabkan perkhidmatan yang diberikan juga kurang memuaskan. Oleh itu, untuk menjadi individu yang cemerlang dalam perkhidmatan, cari suasana kerja yang menyeronokkan dan mengembirakan. Berusaha untuk mendapatkan suasana tersebut. Selain itu, individu juga memerlukan dorongan dan sokongan daripada orang yang berada di sekeliling terutama keluarga tidak kira ibu bapa, suami, isteri, atau anak-anak. Begitu juga sokongan daripada pihak atasan tempat kerja dan juga kawan-kawan.

Kadang-kadang jika sebaliknya dari dorongan yang diberikan, ada juga boleh membuat seseorang individu yang berjaya tetapi bagi individu yang kuat psikologinya untuk bertahan dengan cabaran itu. Tetapi lebih ramai individu yang tidak dapat bertahan, jadi bukan perkhidmatan cemerlang dapat diberikan tetapi perkhidmatan kecundang. Rentetan daripada itu, ramai yang menjadi mangsa, jika seorang jururawat, pesakit yang menjadi mangsa, jika seorang guru, tentulah pelajarnya, jika seorang pegawai tinggi, maka anak buahnya. Marilah kita sama-sama fikirkan cara yang terbaik untuk membantu meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan tidak kira di tahap mana kita sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top