Permohonan Ambilan Kedua Ijazah Sarjana Muda UTM 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu peluang bagi yang masih belum mendapat tempat, permohonan Ambilan kedua Ijazah Sarjana Muda UTM dibuka untuk lepasan STPM/ setaraf. Permohonan dibuka secara online dan boleh mula dimohon sehingga tarikh tutup hujung bulan november ini.

Permohonan Ambilan Kedua
Permohonan Ambilan Kedua

Permohonan Ambilan kedua ini tidak menawarkan pilihan yang banyak tetapi terhad kepada kekosongan pengkhususan Sains Komputer, pendidikan dan kejuruteraan. Peluang baik bagi yang berminat untuk mengikuti pengajian bidang pendidikan yang melayakkan permohonan untuk ditempatkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kursus Permohonan Ambilan Kedua UTM

Dibawah adalah pecahan Ijazah Sarjana Muda yang dibuka untuk permohonan untuk pengkhususan Sains Komputer, pendidikan dan kejuruteraan :

Program Sains Komputer ( UTM Johor Bahru)

  • Sarjana Muda Sains Komputer ( Kejuruteraan Perisian )
  • Sarjana Muda Sains Komputer ( Rangkaian & Keselamatan Komputer )
  • Sarjana Muda Sains Komputer ( Perisian Grafik dan Multimedia )
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Program Sarjana Muda Pendidikan ( UTM Johor Bahru )

  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Binaan Bangunan )
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Elektrik & Elektronik )
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal )
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Program di Malaysia-Japan International Institute of Technology ( UTM Kuala Lumpur )

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Kimia

Permohonan yang dibuka ini adalah bagi kemasukan febuari 2018 dan permohonan dibuka dari 29 Oktober 2017 sehingga 25 November 2017.

Permohonan UTM 2018
Permohonan UTM 2018

Jika anda berminat bolehlah membuat permohonan segera melalui sistem permohonan yang dibuka, anda juga boleh meneliti syarat permohonan untuk kelayakan masiang-masing.

Permohonan Online UTM

Universiti Teknologi Malaysia UTM merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.

Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.

UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM; USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010.- Sumber

Memilih Untuk ke UTM merupakan salah satu pilihan yang baik kerana ia merupakan salah satu Universiti awam pilihan ramai dan ianya mampu menghasilkan lulusan yang bernilai tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *