Permohonan Ambilan Kedua Politeknik Sesi Disember 2011

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Permohonan untuk program pengajian di Politeknik untuk sesi Disember 2011 telah mula dibuka mulai 8 Ogos 2011 melalui Laman web Politeknik.

Cara Memohon

Terlebih dahulu perlu membeli no pin di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ) dengan bayaran seperti berikut:

  • Lulusan SPM – RM 10.60, no.pin 6 digit bermula dengan nombor 16xxxx
  • Lulusan Sijil/Diploma Politeknik, lulusan Sijil Kolej komuniti, lulusan Kolej Matrikulasi KPM – RM 6.00, no. Pin 6 digit bermula dengan nombor 41xxxx

Semasa ingin membeli no pin pemohon perlu mengemukakan MyKad/ Kad pengenalan bagi mengelakkan kesilapan no kad pengenalan. Ia penting bagi mengelakkan masalah mengakses e-Borang.

Sekiranya mewakilkan orang lain perlu memberikan salinan kad pengenalan kepada pembeli untuk mengelakkan kesalahan no kad pengenalan.

Selepas membeli pastikan slip pembayaran BSN bercetak dengan no kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat no pin 6 digit setelah pembayaran dibuat.

Memohon Online

  1. Lawati Sistem permohonan politeknik ambilan Disember 2011
  2. Masukkan no kad pengenalan yang betul dan no pin yang ada pada slip BSN

Permohonan ditutup pada isnin – 12 September 2011

Klik like dibawah jika anda berterima kasih atau merasakan maklumat ini berguna.

Terima Kasih

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of