

Asrama 1 Malaysia ( A1M ) permohonan telah dibuka dan bakal berakhir tidak lama lagi. Permohonan Asrama 1 Malaysia 2013 ini terbuka untuk permohonan dengan memuat turun borang yang disediakan secara online. Asrama 1 Malaysia (A1M) mula dilaksanakan pada 2010 dengan pendaftaran kohort pertama tingkatan 1 pada 9 Mei 2010 seramai 67 orang (Melayu : 32, India : 26, Cina : 9) di premis sementara di Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.
(A1M) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep 1Malaysia. Ciri-ciri A1M merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam dan kepercayaan. Melalui A1M murid pelbagai kaum berpeluang untuk tinggal dan belajar bersama dan memahami budaya antara satu sama lain.
Sekolah Menawarkan Program Asrama 1 Malaysia
Asrama 1Malaysia (A1M), KPM
Jalan Kuantan
53200 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40211820 Fax : 03-40211817
(Lelaki Sahaja)
Murid-murid yang menghuni A1M ini
ditempatkan di 4 buah sekolah yang
berlainan iaitu :
i. SMK Victoria, K. Lumpur (03-20782489)
ii. SMK St. John, K. Lumpur (03-20782846)
iii. SMK (L) Methodist, K. Lumpur
(03-20782293)
iv. SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur
SMK (P) Sultan Ibrahim (SIGS),
Johor Bahru
Jalan Bendahara
80100 Johor Bahru, JOHOR.
Tel : 07-2243050 Fax : 07-2237227
Email : [email protected]
( Perempuan Sahaja )
– Mulai September 2012
SMK Maktab Sabah, Kota
Kinabalu
Peti Surat 10548
88806 Kota Kinabalu, SABAH.
Tel : 088-225201 Fax : 088-216414
( Lelaki & Perempuan )
– Mulai September 2012
Kolej Tun Datu Tuanku Haji
Bujang, Miri
Jalan Bunga Tanjong 2, Tanjong Lobang,
98009 Miri, SARAWAK.
Tel : 085-411795 Fax : 085-411805
( Lelaki & Perempuan )
– Mulai September 2012
Pemilihan Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada semua kaum
- Pelajar Tingkatan 1 Tahun Semasa
- Daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah
- Pelajar tidak terikat dengan mana-mana projek lain seperti (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas, atau Kelas Aliran Agama)
Cara memohon
Untuk membuat permohonan boleh ke Portal Rasmi Asrama Harian KPM atau muat turun Borang Permohonan ( KLIK SINI ). Tarikh tutup permhonan 31 Januari 2013.
Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan boleh terus ke Portal Rasmi Asrama Harian atau merujuk Maklumat penuh pengenalan Asrama 1 Malaysia.