Permohonan Asrama 1 Malaysia A1M 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Asrama 1 Malaysia, Satu peluang dibuka untuk calon yang layak untuk memohon ke Asrama 1 Malaysia. Perlaksanaan Asrama 1 Malaysia ini mungkin baru dan jarang didengar sebelum ini. Sebenarnya perlaksanaan A1M ini telahpun lebih dari 2 tahun kebelakangan ini.

Permohonan Asrama 1 Malaysia
Permohonan Asrama 1 Malaysia

Asrama 1Malaysia adalah asrama yang berkonsepkan 1Malaysia di mana murid-murid pelbagai kaum ditempatkan di bawah bumbung yang sama dan diberi pendedahan lebih mendalam serta berpeluang untuk belajar dan memahami budaya satu sama lain.

A1M mengamalkan konsep pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam dan kepercayaan yang menjadi acuan kepada sikap penerimaan antara kaum. Ini dapat dilihat melalui program-program dan pengisian aktiviti A1M yang telah dirangka khas untuk menerapkan nilai-nilai 1Malaysia. Antara program pengisian di A1M ialah Program Mentor Mentee, Program Kemasyarakatan Luar, Kelas Bahasa Komunikasi (Mandarin & Tamil), dan sebagainya.

Di samping itu, sekolah-sekolah A1M juga mempunyai “niche” masing-masing (kebitaraan sekolah) seperti :

  • Renang (SMK Victoria, KL),
  • Kebudayaan (Maktab Sabah),
  • ICT, Chess (SMK (L) Methodist, KL),
  • dan school band (SMK SIGS, JB).
Info Tambahan :  Pelepasan Cukai 2023 untuk Pendeposit SSPN!

Kecemerlangan nyata merupakan satu budaya yang talah termaktub dalam kalangan pelajar A1M. Mereka telah mencatat kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Antaranya, pelajar A1M telah muncul johan di Pertandingan Robotik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2013 dan 2014 dan menerima anugerah Endeavor Award di International Robot Olympiad 2015 di Korea.

Asrama 1Malaysia terbuka kepada pelajar sekolah menengah warganegara Malaysia daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah. Antara kelebihan A1M ialah :

  • Tiada sebarang yuran asrama dikenakan
  • Makanan di asrama ditanggung
  • pengangkutan juga ditanggung sepenuhya.

Permohonan Asrama 1 Malaysia A1M

Permohonan dibuka kepada pelajar darjah enam bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara  untuk menyambung pengajian ke tingkatan 1 tahun 2018 di sekolah-sekolah A1M.

Info Tambahan :  Starlink Malaysia: 2 Pelan dan Harga Langganan

Mereka yang terpilih akan ditempatkan di :

BIL ASRAMA 1MALAYSIA NAMA SEKOLAH CATATAN
1 A1M KUALA LUMPUR VICTORIA INSTITUTION, KUALA LUMPUR LELAKI SAHAJA
2 A1M JOHOR SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR PEREMPUAN SAHAJA
3 A1M SABAH MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH LELAKI & PEREMPUAN
4 A1M SARAWAK KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK LELAKI & PEREMPUAN

 

Sebelum memohon anda perlu meneliti dahulu syarat permohonan ( Maklumat Lanjut )

Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2018 (Selasa).

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 8 Disember 2017 (Jumaat).

Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017

Unit Asrama

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 WP Putrajaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top