Permohonan Asrama 1Malaysia Tingkatan 1 KPM 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu permohonan Asrama 1Malaysia dibuka untuk kemasukan ke tingkatan 1 tahun hadapan 2016. Permohonan dibuka kepada pelajar darjah 6 tahun ini . Asrama 1Malaysia ( A1M ) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep 1 Malaysia. Ciri A1M merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti menjurus kepada pemupukan perpaduan dan sensitivity kepada agama, budaya, adat resam dan kepercayaan.

Melalui A1M murid pelbagai kaum berpeluang untuk tinggal dan belajar bersama dan memahami budaya anatara satu sama lain.

Tarikh Permohonan A1M 2016

Permohonan A1M akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 – 4 Disember 2015. Permohonan dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh Negara.

Sekolah- Sekolah A1M

Sekiranya terpilih, murid-murid akan ke A1M sekolah-sekolah di seluruh Malaysia seperti :

Bil Asrama 1Malaysia Nama Sekolah Jantina Diterima
1 A1M KUALA LUMPUR ·         SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)

·         SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)

·         SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)

·         SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR

 

LELAKI SAHAJA

 

LELAKI SAHAJA

 

LELAKI SAHAJA

 

LELAKI SAHAJA

2 A1M JOHOR SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR PEREMPUAN SHJ
3 A1M SABAH SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH LELAKI & PEREMPUAN
4 A1M SARAWAK KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK LELAKI & PEREMPUAN

 

Syarat Permohonan A1M

  • Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2016 sahaja.
  • Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
  • Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
  • Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
  • Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Sijil lahir / kad pengenalan pemohon e. Salinan Keputusan UPSR 2015
    • Sijil Berhenti Sekolah f. Salinan Keputusan Ujian Aptitude 2015
    • Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa g. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
    • Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan)

Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.

Cara Mohon

Untuk membuat permohonan perlu mengisi borang permohonan A1M dihantar terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM Selewatnya pada atau sebelum 4 Disember 2015

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut anda boleh mengenali apa itu A1M di alamat : http://www.moe.gov.my/my/Asrama-1Malaysia-AH dan juga boleh merujuk iklan penuh permohonan ( maklumat lanjut )

Leave a Reply