Permohonan Atau Kelayakan Ke Universiti Awam (UA) 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan atau kelayakan ke Universiti Awam

Permohonan atau kelayakan ke Universiti Awam (UA) 2021. Hal ini disebabkan, setiap calon mahu ketahui permohonan atau kelayakan ke Universiti Awam (UA).

Justeru itu, bagi ketahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan permohonan atau kelayakan ke Univeristi Awam ini calon WAJIB membaca penulisan ini sehingga tamat. Hal ini disebabkan, setiap manusia LAYAK untuk mendapatkan kejayaan walaupun anda berasa bahawa anda mempunyai kelemahan dalam bidang akademik. 

Akademik ini luas, bukan sahaja ilmu pengetahuan sahaja dikira bidang akademik malahan kemahiran juga dikenali sebagai akademik. Justeru itu, sebagai calon lepasan SPM/ STPM dan setaraf anda perlu membuka minda anda seluas-luasanya bagi MENGELAKKAN diri daripada hanya memandang akademik sebaggai ilmu penegtahuan sahaja.

Permohonan Atau Kelayakan Ke Universiti Awam (UA) 2021

Permohonan atau kelayakan ke Universiti Awam

Syarat Am Permohonan atau kelayakan ke Universiti Awam adalah seperti berikut:-

  • Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. Kad Pengenalan/ My Kad SAHAJA.
  • BUKAN WARGANEGARA memohon terus ke Univeristi Awam Berkaitan.

Kelayakan permohonan ke Univerisiti Awam (UA) adalah seperti:-

  • Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapatkan KEPUJIAN dalam mata pelajaran BAHASA MALAYSIA/ BAHASA MELAYU dan LULUS mata pelajaran SEJARAH mulai 2013
  • KEPUJIAN Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas JULAI diambil kira

DAN

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk pengajian Am

ATAU

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid
Info Tambahan :  SISPPA 2021 2.0: Login Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam

ATAU

Matrikulasi/ Asasi

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 

DAN

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysia Univeristy English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012
“Permohonan ke Univeristi Awam (UA) adalah menerusi UPUOnline sahaja di Portal Rasmi Kemasukan pelajar

Bagi calon SPM 2020, anda boleh membuat permohonan bagi kemasukan ke UA walaupun anda TIDAK mempunyai keputusan SPM. Anda DIGALAKKAN untuk memohon UPUOnline lebih awal bagi memastikan anda faham cara untuk menggunakan UPUOnline. Semasa permohonan, anda boleh memilih program pengajian berdasarkan keputusan percubaan dan bidang yang diminati mengikut KELAYAKAN. 

PERINGATAN!!!

Setelah memperoleh keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian. Anda perlu mengemaskini maklumat bagi memastikan program yang dipilih memenuhi SYARAT AM dan KHAS yang ditetapkan.

“Melakukan permohonan UPUOnline lebih awal bagi MENGELAKKAN masalah teknikal/ kesesakan di kemudian hari”

Menerusi permohonan UPUOnline, pemohon TIDAK perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil. Hal ini disebabkan, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKT) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melaksankan proses padan dengan pelbagai agensi seperti:-

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Lembaga Peperiksaan
  • Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Bahagian Seni & Kokurikulum KPM

Ianya bertujuan bagi memastikan segala maklumat yang diberikan adalah tepat. Walaubagaimana sekalipun, jika anda merupakan pelajar lepasan STPM/ setaraf dalam kategori diploma/ setaraf anda perlu upload beberapa dokumen penting dalam sistem UPUOnline. 

INFO TAMBAHAN!!!

Bagi calon atau pemohon yang berminat untuk memasuki ke USM/ UM, anda perlu memohon melalui UPUOnline jika berminat untuk mengikuti pengajian di USM dan UM mulai sesi Akademik 2017/ 2018.

Info Tambahan :  Program GENIUS Remaja Bagi Merealisasikan Impian Golongan Remaja B40

Bagi calon yang mempunyai masalah untuk klik di pautan SLIP di dalam UPUOnline dan tiada sebarang paparan slip permohonan UPUOnline. Ianya mungkin disebabkan calon TIDAK KLIK “Sah & Hantar” ketika membuat permohonan atau ketika membuat permohonan ada gangguan internet semasa mengemukan permohona. Disebabkan oleh itu, calon tidak dapat klik pautan SLIP dalam UPUOnline, dan dalam erti kata mudah anda TIDAK melakukan permohonan.

Justeru itu, amatlah DINASIHATI agar calon klik “Sah & Hantar” dan pastikan slip permohonan UPUOnline dipaparkan dan dicetak. PASTIKAN Slip permohonan UPUOnline adalah lengkap dengan maklumat permohonan.

Sekiranya calon berasa, pilihan program pengajian terlalu banyak, calon boleh melayari e-panduan kemasukan pelajar bagi mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati. E-panduan itu boleh membantu calon memilih program dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, di dalam e-panduan itu calon boleh membuat pemilihan program. 

PERINGATAN!!!

Sebelum anda memilih pilihan program pengajian, anda perlu memilih 3 bidang yang diminati. Justeru itu, senarai program pengajian yang dipaparkan adalah berdasarkan 3 pilihan bidang yang telah anda pilih.

Permohonan atau kelayakan ke Univeristi Awam

Diharapkan, dengan perkongsian ini dapat membantu calon lepasan SPM/ STPM dan setaraf membuat permohonan program yang mereka minati. Hal ini disebabkan selain daripada guru atau ibu bapa membantu calon membuat pilihan program, menerusi pembacaan juga mampu membantu calon untuk membuat pemilihan program dengan lebih tepat lagi.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments