Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kepada semua ibu bapa yang tergolong di dalam kalangan B40 permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021 sudah boleh dilakukan. Justeru itu, bagi yang mempunyai anak berumur sekitar 18 tahun ke bawah anda boleh lakukan permohonan. Tahukah anda, anda LAYAK memohon bantuan kanak-kanak 2021 (BKK) yang berjumlah RM1,000 sebulan untuk setiap 1 keluarga. 

Bantuan Kanak-kanak

“Kanak-kanak merupakan aset penting buat modal insa negara yang harus dijaga dengan rapi”

Permohonan Bantuan Kanak-kanak 202

Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021 ini mempunyai kadar yang tersendiri. Justeru itu, pemohon WAJIB ketahui kadar bantuan 2021 yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Kadar MINIMUM bantuan sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga MAKSIMUM RM1,000 sebulan mengikut pecahan bantuan. Kadar pecahan bantuan adalah seperti berikut:-

  • Kanak-kanak 6 tahun ke bawah RM200 sebulan
  • Kanak-kanak 7 tahun sehingga 18 tahun RM150 sebulan
  • Dengan kadar MAKSIMUM RM1,000 sekeluarga sebulan
  • Satu keluarga boleh mendapatkan bantuan sehingga RM12,000 setahun 
Info Tambahan :  BUDI Sabah 2023: Permohonan, Syarat dan Tunai

Setiap satu bantuan pasti ada tujuan bantuan itu diadakan. Justeru itu, bagi bantuan kanak-kanak 2021, tujuan bantuan ini wujud adalah disebabkan oleh:-

  • Bagi membantu keluarga/ penjaga kepada kanak-kanak yang tiada atau hilang penjaya supaya dapat terus tinggal bersama keluarga.
  • Selain itu, bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak tersebut.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi penjagaan sempurna buat kanak-kanak termasuklah kasih sayang dan perhatian.

Antara syarat/ kriteria khusus kelayakan permohonan bantuan kanak-kanak 2021 adalah seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Isi rumah pendapatan keluarga/ penjaga kanak-kanak TIDAK MELEBIHI Pendapatan Garis Kemisikinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Misikin Per Kapita Semasa
  3. Bagi kes-kes yang tertentu atau yang berkeperluan, permohonan BOLEH DIPERTIMBANGKAN dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan MMasyarakat (KPKM)
  4. Bantuan bagi kanak-kanak yang berusia 18 tahun dan ke aats boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah

Cara Memohon Bantuan Kanak-kanak 2021

Bantuan Kanak-kanak

Terdapat dua cara mudah untuk membuat permohonan bantuan kanak-kanak 2021 ini. Antara caranya adalah:-

A) Secara Online

  • Permohonan WAJIB ke laman web rasmi
  • KLIK “Daftar Permohonan Atas Talian”
  • Pilih Negeri dan isikan Nombor kad pengenalan permohon
Info Tambahan :  11 Panduan Terbaik Untuk Skor dalam Biasiswa

TAHUKAH ANDA!!!

Perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras denhgan Senarai Bersamma antara pihak kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri.justeru itu, ianya termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

  • Klik daftar
  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di kawasan yang berhampiran dengan anda dalam TEMPOH 14 hari dari tarikh permohonan online
  • Bawa sekali dokumen seperti:
    • Kad Pengenalan diri permohon
    • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bsps/ anak yang tinggal bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan penyata gaji (SEKIRANYA ADA)
    • Salinan kad OKU (SEKIRANYA ADA)
    • Bil Utilities (air/ elektrik/ telefon/ astro)

2) Secara Manual

  • Permohona perlu pergi ke Jabatan Kebajikan yang berdekatan dengan kawasaan anda
  • Hantar borang & dokumen yang berkaitan

Borang permohonan JKM boleh didsapati dengan KLIK DIBAWAH ini:-
JKM 18 (borang permohonan bantuan)
 Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

Sekiranya pemohon mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan dengan permohonan ini, sila hubungi:-
Telefon : 03-8000 8000

Atau

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu pemohon untuk ketahui cara melakukan permohonan ini. Semoga permohonan yang dilakukan ini diterima dan disahkan bagi memudahkan lagi urusan mereka yang tidak berkemampuan. 

“Memohon bantuan bagi memberi sedikit keselesaan buat anak tidak salah tetapi yang salah sekiranya menggunakan wang bantuan untuk kegunaan sendiri itu SALAH”

***Generasi kini adalah pelapis bagi generasi akan data, jadi sediakanlah segala persiapan untuk membangkitkan generasi yang cerdik pandai***

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *