Permohonan Bantuan Kewangan dan Sara Hidup UITM 2020

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Permohonan Bantuan Kewangan dan Sara Hidup UITM 2020 Satu bantuan kewangan dan sara hidup untuk pelajar UITM untuk tahun 2020.  Bantuan kewangan ini perlu dimohon melalui online dengan mengisi borang yang disediakan secara online tanpa perlu hadir ke institusi berkenaan.   Penting untuk pemohon maklum bahawa permohonan bantuan ini dikhaskan kepada UITM cawangan Sarawak sahaja.

Syarat layak dan keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari golongan B40 yang benar-benar layak dan memerlukan bantuan kewangan.

Permohonan Bantuan Kewangan

Cara semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut berkaitan bantuan kewangan pelajar UITM adalah dinyatakan di bawah:

Permohonan Bantuan Kewangan dan Bagaimana cara untuk memohon

Syarat-syarat permohonan bagi Bantuan Kewangan/permohonan Tabung Dermasiswa

  1. Pelajar tidak mendapat apa-apa pinjaman atau biasiswa dari mana-mana organisasi/sumber kewangan lain.
  2. Pelajar sepenuh masa Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional yang mendaftar dengan UiTM adalah layak memohon. Pelajar baru yang mendaftar di peringkat Diploma dan Ijazah adalah tidak layak memohon (pelajar semester 2 ke atas sahaja yang layak memohon dan yang telah mempunyai 1 keputusan peperiksaan pada semester lepas.)
  3. Pendapatan keluarga pelajar adalah di bawah RM1,500.00
  4. Pelajar tidak mempunyai rekod kesalahan tatatertib oleh Lembaga Tatatertib UiTM.
  5. Pelajar yang mengalami kecurian barang/kehilangan barang/samun/rompakan/kecurian motosikal/kereta/kehilangan wang dari akaun pelajar. Kes perlu dibuktikan dengan adanya laporan polis dan agensi berkaitan dengan disertakan smua salinan yang diperlukan.
  6. Pelajar yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, dipanah petir, tanah runtuh, bangunan runtuh, pokok tumbang dan kebakaran.
  7. Bantuan bayaran tambang perjalanan kematian ibu/bapa.
Info Tambahan :  E-Sukan dan Hiburan: Kursus dan Peluang Perniagaan 2023

Dokumen Permohonan Sebagai Pengesahan

  1. Sila muat naik segala dokumen berkaitan yang lengkap mengikut jenis bantuan yang diminta sebelum menghantar permohonan.
  2. Sekiranya pelajar tidak menyertakan dokumen sokongan, permohonan tidak akan diproses.
  3. Pemalsuan maklumat akan menyebabkan permohonan terbatal.

Dokumen Yang Diperlukan Mengikut Jenis-jenis Bantuan

  1. a) BANTUAN KEWANGAN/PINJAMAN

Dokumen yang diperlukan:

  1. Surat permohonan bantuan kewangan. (Surat rasmi daripada pelajar)
  2. Salinan akaun Bank Islam
  3. Salinan penyata pendapatan ibu bapa
  4. Salinan keputusan peperiksaan terkini
  5. Surat perakuan pendapatan yang disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/JKK/Wakil Rakyat-Sekiranya ibu/bapa/penjaga pelajar tidak mempunyai penyata pendapatan.

 

  1. b) BANTUAN KES KECURIAN

Dokumen yang diperlukan:

  1. Surat permohonan pelajar (Laporan dari pelajar)
  2. Salinan akaun Bank Islam
  3. Salinan laporan polis
  4. Salinan laporan polis bantuan UiTM (Sekiranya ada)

 

  1. c) BANTUAN PERJALANAN KEMATIAN IBU BAPA

Dokumen yang diperlukan:

  1. Salinan sijil kematian ibu-bapa kandung
  2. Salinan Akaun Bank Islam
  3. Salinan dokumen perjalanan (Tiket bas/Tiket penerbangan)
Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

 

  1. d) BANTUAN KES BENCANA ALAM

Dokumen yang diperlukan:

  1. Surat permohonan bantuan kewangan. (Surat rasmi dari pelajar beserta gambar)
  2. Salinan laporan polis
  3. Salinan Akaun Bank Islam

 

Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan secara online dan permohonan tersebut perlu dihantar Sebelum 2 November 2020,  sila klik Link di bawah untuk  mula mengisi permohonan.

Borang Online Permohonan Bantuan UITM ( Sarawak Shj )

Adalah penting bagi pemohon pemohon memuatnaik dokumen-dokumen perlu yang berkaitan lengkap mengikut jenis bantuan yang diminta sebelum menghantar permohonan.  Pemohon yang gagal menyertakan dokumen sokongan permohonan tidak akan diproses pemalsuan maklumat akan menyebabkan permohonan terbatal.

Setiap permohonan akan dipilih dan ditemuduga oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar untuk pengesahan maklumat.  Hanya pelajar yang lulus yang layak sahaja akan dimaklumkan oleh pihak HEP dan wang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh terus menghubungi talian 082-678051 atau 082-677031

Maklumat yang disertakan di atas adalah disediakan untuk pelajar UITM dari cawangan Sarawak sahaja untuk pelajar dari UiTM lain, anda perlu terus menghubungi pejabat bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk memohon bantuan sekiranya ada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top