Permohonan baru dan kemaskini bantuan prihatin rakyat (BPR) 2021 akan kini dibuka. Disebabkan oleh pengistiharaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 akan menambahkan kepayahan kepada rakyat. Hal ini disebabkan oleh lebih ramai pekerja yang bakal kehilangan pekerjaan kerana banyak sektor yang tutup.
Justeru itu, pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat bagi membantu rakyat yang terkesan akan pandemik COVID -19 ini menerusi pembentangan belanjawan 2021 yang lepas.
Nilai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:-
Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
1)Mengikut Isi Rumah
Isi Rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 (< RM2,500)
- 1 orang anak RM1,200
- 2 orang anak atau lebih RM1,800
Isi Rumah yang berpendapatan RM2,1001 sehingga RM4,000
- 1 orang anak RM800
- 2 orang anak atau lebih RM1,200
2)Bujang
Bujang yang berpendapatan RM2,500 dan kebawah (<RM2,500) dan berumur 21 tahun dan keatas
- Layak mendapat bantuan BPR sebanyak RM350 (one-off)
Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
Tarikh Permohonan baru dan kemaskini bantuan Prihatin rakyat (BPR) 2021 adalah bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021. Tarikh tutup kemaskini dan permohonan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)
“Permohon amatlah DISARANKAN untuk membuat permohona secara atas talian bagi mengelakkan perhimpunan secara beramai-ramai di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)”
Sekiranya pemohon mahu melakukan permohonan menerusi kaunter LHDN, pemohon di WAJIB kan mematuhi setiap satu Standard Operation Practice (SOP) yang telah disediakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini bertujuan bagi membendung penyebaran virus COVID -19 dalam kalangan pemohon dan pekerja LHDN.
Bagi pemohon yang mahu memohon menerusi kaunter LHDN, anda perlu mencetak borang permohonan melalui portal rasmi BPR
Pemohon boleh menghadirkan diri ke 3 tempat ini bagi penghantaran dokumen sokongan secara manual di kaunter LHDN. Lokasi yang disediakan seperti dibawah:-
“Bagi pemohon BSH 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang lulus dan menepati syarat kelayakan BPR 2021 WAJIB membuat kemaskini pemohonan BPR 2021”
Bagi mereka yang TIDAK LAYAK menerima Bantuan BSH atau BPN 2020, anda perlu membuat permohonan semula untuk mendapatkan bantuan BPR 2021 ini. Pemohon juga perlu menyediakan dokumen sokongan agar setiap satu alasan yang diberikan mempunyai dokumen sokongan. Dan sekiranya boleh, sediakan sekali dengan pengesahan mereka yang dipercayai seperti ketua kampung, penghulu dll
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan bagi Permohonan yang baru atau bagi permohonan yang ditolak adalah:-
1)Pemohon
- Salinan sijil perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ JPN
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN (Bagi pasangan yang sudah meninggal dunia)
- Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ JPN
- Salinan Sijil Dekri Nisi/ Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh makamah
2)Pasangan
- Salinan pengenalan pasangan (MyKad/ MyPR/ MyKASI)
- Salinan pasport/ Visa/ UNCHR/ Pas Sempadan/ Sijil Lahir/ KP lama
3)Anak
- Anak Kandung
– Salinan MyKad/ MyKid dan salinan sijil lahir yang dikeluarkan oleh JPN - Anak Angkat
– Salinan MyKad/ MyKid dan salinan sijil daftar anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Proses Verifikasi BPR 2021
Pasti ramai yang ingin ketahui cara pihak Kementerian mengenalpasti seseorang itu LAYAK atau TIDAK LAYAK untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan. Setiap permohonan akan diverifikasi sepenuhnya berdasarkan data agensi seperti berikut:-
1)Pengenalan diri
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
2)Pendapatan
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Jabatan Akauntant Negara Malaysia (termasuk Polis Diraja Malaysia)
- Bendahari Negeri-Negeri di Malaysia
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
3)Pemilikan kenderaan
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4)Status Perkahwinan
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysi
5)Bekerja/ belajar/ menetap di luar Negara
- Kementerian Luar Negara (KLN)
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
6)Orang Kurang Upaya (OKU)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
7)Pendaftaran Perniagaan pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perkongsian liabiliti terhad
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
8)Anak yang masih belajar
- Kementerian Luar Negeri (KLN)\
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
- Kementerian Sumber Manusia (KSM)
9)Pemilikan kediaman/ Hartanah
- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
10)Kategori petani, penternak, peladang, nelayan, peneroka, peneroka getah, orang asli
- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Lembaga Getah Malaysia (LGM)
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Menerusi setiap satu data daripada agensi ini akan menyebabkan seseorang itu LAYAK atau TIDAK untuk menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ini.
“Penerima BPR sehingga umur 65 tahun akan secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam”
Rujukan:
1) https://bpr.hasil.gov.my