Satu permohonan biasiswa dibuka dibawah Felda Global Venture Holding Bhd memberi peluang kepada pelajar yang layak serta cemerlang dalam pelajaran untuk memohon. Penganugerahan dan permohonan adalah mengikut bidang biasiswa seperti :
- Kejuruteraan
- Bioteknologi
- Perakaunan
- Kewangan
- Teknologi Maklumat
- Pemasaran Antarabangsa
Kelayakan Akademik
Kejuruteraan dan Bioteknologi
- Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana matapelajaran berkaitan dengannya.
- Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2013.
- Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa
- Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden/Perakaunan/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Kimia/Biologi dan Sejarah/Geografi.
- Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2013.
- Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Terma dan syarat
- Jawatankuasa Pemilihan Felda Global Ventures Holdings Berhad berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
- Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
- Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bilamana perlu.
- Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Cara memohon
- Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web http://www.feldaglobal.com/
- Permohonan secara online ini dibuka sehingga 7 April 2013.
- Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
- Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu PERMOHONAN BIASISWA di bahagian kiri, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
- Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan ditandatangani serta dibawa bersama semasa menghadiri sesi temuduga.
- Pemohon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan iaitu kad pengenalan, slip SPM 2012, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, borang EA atau slip gaji ibu dan bapa serta sekeping gambar berukuran pasport.
- Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.