Permohonan Biasiswa Kerajaan Jepun 2014 Untuk Sarjana Muda & Ijazah Lanjutan

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Info ringkas ini adalah bagi memaklum bahawa permohonan untuk Biasiswa tajaan kerajaan jepun telah dibuka. Tajaan ini adalah melibatkan pengajian sarjana muda dan ijazah lanjutan di Jepun. Bagi yang berminat membuat sarjana muda dan lanjutan di Jepun bolehlah cuba memohon dan yang menarik pembelajaran disana adalah diberi biasiswa dan tiket penerbangan percuma.

Biasiswa Tajaan Kerajaan  Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akedamik 2014 untuk program Sarjana Muda  (Undergraduate) dan Ijazah Lanjutan (Postgraduate) telah dibuka untuk permohonan bermula  sekarang. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon. Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen (ang. RM3,900) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda, dan 143,000 yen (ang. RM4,700) untuk penerima biasiswa Ijazah Lanjutan (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapal terbang pergi-balik juga disediakan.

Tarikh Penting Permohonan

Permohonan dibuka ; 19 Mac 2013

Permohonan ditutup : 5 April 2013

Maklumat Lanjut Permohonan

Untuk maklumat lanjut bekenaan cara memohon, borang permohonan, syarat dan beberapa maklumat lain digalakkan untuk rujuk Iklan penuh permohonan dan juga penerangan ringkas bekenaan maklumat penting yang disediakan.

Semoga berita baik diterima oleh mereka yang berusaha dan cuba menyediakan kelainan dalam pembelajaran.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x