Info menarik bagi yang ingin memohon biasiswa dan mencari biasiswa. Satu permohonan dibuka iaitu dari Biasiswa Jepun. Biasiswa ini adalah bagi pengajian Sarjana dan PHD sahaja untuk tahun 2015 nanti. JPA telah menerima tawaran Biasiswa Kerajaan Jepun – IMF Asia Tahun 2015/2016. Permohonan program ini dibuka mulai 7 November 2014 sehingga 27 November 2014.
Universiti Partnership Track adalah seperti berikut :
- National Graduate Institute for Policy Studies (GRIPS)
- Hitotsubashi University (HIT)
- International University of Japan (IUJ)
- The University of Tokyo (UTokyo)
Syarat Permohonan
Panduan Permohonan Partnership Track :
http://www.imf.org/external/oap/partnership.htm
Panduan Permohonan Open Track :
http://www.imf.org/external/oap/opentrack.htm
Bagi calon-calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur Japan-IMF Scholarship dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Berkhidmat secara tetap;
- Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
- Umur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada tarikh tutup permohonan;
- Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Markah keseluruhan IELTS tidak kurang 6.5 atau TOEFL.
- Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2011, 2012 & 2013);
- Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh permohonan);
- Telah mengisytiharkan harta;
- Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah; dan
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA.
Maklumat Lanjut dan Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara online, sebelum membuat permohonan, anda dinasihatkan untuk merujuk iklan penuh ( maklumat lanjut ) untuk lebih memahami dengan jelas bekenaan permohonan ini.
Semoga maklumat yang diberikan ini memberikan berita gembira bagi mereka yang memerlukan bantuan. Selamat Berjaya